Page 5 - Buletin Ramadan SKLH 2021
P. 5
SAHUR
BERSAHUR adalah amalan penting ketika seseorang hendak berpuasa.
walaupun hukumnya sunat sahaja. Sahur juga merupakan sunnah
Rasulullah.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu
kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim,
Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan
bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula
membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.
Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam
dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut
dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang
bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli
kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”
Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas
umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi
bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis
riwayat Ibnu Hibban)
Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah
seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan
malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada
Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.”
(Hadis riwayat At-Tabrani).
Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan
waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah
dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah
bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama
mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan
5
sahurnya.” 5

