Page 8 - Buletin Ramadan SKLH 2021
P. 8

“Barang siapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam
                            bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan

                            maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”. –
                                                        HR Muslim






                                              TARAWIH




     Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala Solat Tarawih pula bermaksud solat yang
     merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam

       sambil memperbanyakkan zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan
      dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.





    Hukum Solat Sunat Tarawih


      Hukum solat sunat terawih adalah sunat Muakkad, iaitu yang sangat dituntut
        (dikerjakan) oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap

                                        malam bulan Ramadan.



                                                                         Waktu Solat


                                                                         Ditunaikan selepas
                                                                         menunaikan sembahyang
                                                                         Fardhu Isyak dan
                                                                         sunat ba’diah (selepas isyak)
                                                                         dua rakaat.



                                                                         Bilangan Rakaat


                                                                         Sembahyang sunat Tarawih
                                                                         ditunaikan seperti solat
                                                                         sunat biasa, iaitu dua rakaat

                                                                         satu salam, kemudiannya
                                                                         diulangi lagi sehingga genap
                                                                         rakaat yang dikehendaki.
                                                                         Jumlah rakaat boleh
                                                                         dilakukan sama ada 8 rakaat
                                                                         (4 salam) atau 20 rakaat (10
                                                                         salam).                   8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11