Page 6 - Buletin Ramadan SKLH 2021
P. 6
BERBUKA
Rasulullah SAW mengajarkan kepada umatnya adab ketika berbuka puasa.
Apabila adab itu dijaga dan diamalkan, kita dapat mengagungkan sunahnya.
Antara adab ketika berbuka puasa ialah membaca doa. Kita juga boleh
memohon apa saja yang dihajati kerana antara waktu mustajab (makbul)
untuk berdoa ketika berbuka puasa. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu
ialah ketika dia berbuka.” (Riwayat Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah,
Kitab al-Siyam)
Selain itu, kita disunatkan menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal
ialah ketika azan dilaungkan, terus utamakan untuk berbuka puasa.
Perkara itu dianjurkan dalam satu hadis Nabi SAW yang bermaksud:
“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka
menyegerakan berbuka puasa.” (Riwayat Bukhari)
Ketika berbuka puasa, amalkan makan secara sederhana. Jauhkan diri
daripada makan terlalu banyak.
Paling baik ketika berbuka adalah memulakan dengan buah tamar dan air.
Rasulullah SAW berbuka dengan rutab iaitu buah tamar yang masak namun
ia tidak dikeringkan. Anas bin Malik RA berkata, “Rasulullah SAW berbuka
puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, Baginda
akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, Baginda akan meneguk
beberapa teguk air.” (Riwayat Tirmizi)
Pada bulan Ramadan juga, umat Islam digalakkan supaya
memperbanyakkan amalan bersedekah. Ini termasuklah menjamu orang
berbuka puasa terutama kepada orang miskin, anak yatim dan golongan
yang ditimpa musibah. Menjamu orang berbuka puasa dijanjikan Allah SWT
dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Nabi SAW bersabda bermaksud:
“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa,
pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa iaitu pahala orang
yang berpuasa itu tidak dikurangkan walau sedikit pun.” (Riwayat Tirmi 6zi)
6

