Page 9 - Buletin Ramadan SKLH 2021
P. 9
“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu
(dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak
faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang
berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”
(Surah As-Sad: 29)
NUZUL AL-QURAN
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah ىلاعتو هناحبس
menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasulullah ﷺ dan berterusan
secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun hingga menjadi lengkap
sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-
Quran berlaku ketika Nabi Muhammad ﷺ berusia 41 tahun iaitu pada malam
Jumaat 17 Ramadhan, bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M, sewaktu
Baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira’.
Ayat Al-Quran yang mula-mula sekali diturunkan Allah ىلاعتو هناحبس kepada
Nabi Muhammad ﷺ melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat
pertama daripada Surah Al-’Alaq.
Penurunan Al-Quran ini mempunyai dua peringkat:
Pertama: Al-Quran diturunkan secara sekaligus daripada Luh Mahfuz ke
langit dunia ‘Baitul Izzah pada bulan Ramadan.
Kedua: Al-Quran diturunkan pula secara beransur-ansur selama 23 tahun,
dari langit dunia kepada Nabi Muhammad SAW (mengikut peristiwa, atau
persoalan-persoalan yang diajukan oleh umat Islam kepada Nabi Muhammad
SAW).
9

