Page 4 - MODUL 4 LANDSKAP HORTIKULTUR TING.4
P. 4

4.1      Asas Lukisan Grafik




           Grafik ialah kombinasi gambar, simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan atau lakaran yang digunakan
           sebagai media untuk menyampaikan konsep atau idea dari seorang individu kepada penerima maklumat
           dalam situasi tertentu. Contoh grafik ialah gambar foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor,
           simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain.
                 Lukisan grafik dalam reka bentuk landskap memainkan peranan penting bagi tujuan pembentangan
           kepada pelanggan yang merangkumi perancangan atau proses setiap peringkat sebelum sesebuah tapak
           landskap dibangunkan. Pelan yang dilukis adalah mengikut skala dengan ukuran yang tepat hasil daripada
           kerja pengukuran dan inventori tapak. Penggunaan simbol adalah khusus bagi mewakili sesuatu elemen
           dalam landskap seperti tumbuhan, air dan struktur binaan. Penguasaan grafik bermula dengan kemahiran
           menggunakan  alatan  asas  untuk  melukis  dan  mempraktikkan  teknik  melukis  bagi  menghasilkan
           pelan  landskap.


           4.1.1  Menyatakan Alatan dan Bahan Asas Lukisan Grafik

           Alatan dan bahan asas lukisan yang digunakan bagi penghasilan pelan landskap dan lukisan teknikal
           adalah seperti berikut:
       4   4                                                                                                                                                                                                                                 4
      MODUL  MODUL             Alatan                                            Bahan                                                                                                                                                      MODUL



             •  Papan lukis                                    •  Pensel

             •  Sesiku –T                                      •  Pen grafik atau teknikal
             •  Pembaris skala                                 •  Pensel warna
             •  Templat Bulatan                                •  Pen marker

             •  Keluk perancis                                 •  Cat air
             •  Sesiku segi tiga                               •  Krayon
             •  Jangka tolok                                   •  Kertas Lukisan bersaiz A3

             •  Jangka lukis



                                          Rajah 4.1:   Alatan dan bahan asas lukisan grafik.






























         1 14
         114
   1   2   3   4   5   6   7   8   9