Page 7 - MODUL 4 LANDSKAP HORTIKULTUR TING.4
P. 7
Keluk Perancis atau Keluk Mudah Bentuk (french curve / flexible curve)
• Fungsi keluk digunakan untuk membuat garisan berkeluk pada pelan dan lukisan teknikal.
• Keluk Perancis mempunyai pelbagai bentuk dan saiz keluk yang tetap.
• Keluk mudah bentuk lebih anjal dan boleh dibentuk mengikut lekuk yang dikehendaki di atas pelan.
4 4 4
MODUL MODUL MODUL
Foto 4.5: Keluk Perancis atau keluk mudah bentuk.
Sesiku Segi Tiga (set square /adjustable set square)
• Boleh digunakan untuk melukis garis tegak dan lurus condong atau menghasilkan sudut tertentu.
Terdiri daripada dua jenis iaitu sesiku segi tiga dan sesiku boleh laras. Lazimnya diperbuat
daripada plastik.
• Fungsi sesiku segi tiga adalah untuk membuat sudut 45°, 30° dan 60°. Sesiku boleh laras lebih
mudah dan berguna kerana ia dapat menghasilkan pelbagai sudut yang dikehendaki sehingga 180°.
Foto 4.6: Sesiku segi tiga.
17
17
17
117
1 1 1

