Page 6 - MODUL 4 LANDSKAP HORTIKULTUR TING.4
P. 6
Pembaris Skala
• Pembaris skala yang leper atau bersegi tiga menunjukkan pembahagian ukuran mengikut skala
tertentu. Ia boleh didapati dalam bentuk kipas, segi tiga dan lereng leper.
• Fungsi pembaris skala adalah untuk mendapatkan ukuran sebenar di tapak atau kawasan sebenar.
Skala yang biasa digunakan dalam pelan landskap ialah skala metrik seperti 1:50, 1:100, 1:200.
• 1:100 bererti unit di atas kertas bersamaan 100 unit di atas tanah atau kawasan sebenar. Unit yang
digunakan boleh mewakili, milimeter, sentimeter atau meter.
4 4 4
MODUL MODUL MODUL
Foto 4.3: Pembaris Skala.
Templat Bulatan (circle template)
• Fungsi untuk membuat bulatan berdasarkan saiz yang tertentu.
• Membuat bulatan asas kepada simbol-simbol tanaman landskap dalam pelan landskap. Bagi
bulatan yang lebih besar, kompas digunakan untuk menghasilkan bulatan.
• Diperbuat daripada plastik yang mempunyai pelbagai diameter bulatan.
Foto 4.4: Templat bulatan.
16
116
1 1 16

