Page 86 - MODUL 4 LANDSKAP HORTIKULTUR TING.4
P. 86

4.2.7  Menganalisis Ciri Fizikal dan Estetika serta Elemen Landskap Sedia Ada dalam
                  Pelan Analisis

           Analisis tapak adalah fasa kedua dan lebih rumit dalam melaksanakan kajian tapak. Analisis tapak dilakukan
           bagi menilai kepentingan maklumat-maklumat yang telah direkodkan semasa kerja-kerja inventori tapak.
                Tujuan utama analisis tapak dilakukan adalah bagi mengenal pasti masalah dan potensi yang
           dimiliki oleh keadaan tapak sedia ada. Fasa ini penting kerana reka bentuk yang akan dicadangkan dapat
           menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan tapak cadangan landskap tersebut. Analisis tapak
           direkodkan dengan cara menggambarkan analisis yang diperoleh atau dengan mengeluarkan satu senarai
           nota analisis yang menjawab semua masalah dan potensi pada tapak sedia ada.
           Antara soalan-soalan yang perlu dijawab bagi setiap inventori yang direkodkan adalah:
             i.  Adakah elemen sedia ada ini penting?
             ii.  Adakah elemen sedia ada ini membawa masalah atau mempunyai potensi kepada tapak atau
               cadangan reka bentuk yang akan dibuat?
            iii.  Sekiranya ia membawa masalah, bagaimanakah cara untuk mengatasi atau menyelesaikan
               masalah tersebut?
            iv.  Sekiranya mempunyai potensi, bagaimanakan ia boleh diketengahkan dalam cadangan reka
               bentuk yang hendak dibuat?
                Perkataan yang digunakan bagi nota di dalam pelan inventori dan pelan analisis adalah berbeza. Bagi
       4   4  pelan inventori, pilihan perkataan yang digunakan adalah perkataan mudah yang menyatakan keadaan                                                                                                                               4
      MODUL  MODUL  elemen sedia ada tersebut. Manakala, pilihan perkataan di dalam pelan analisa adalah perkataan-perkataan                                                                                                                MODUL
           penilaian dan tindakan yang harus diambil semasa merancang reka bentuk landskap. Contoh perbezaan
           adalah seperti berikut:

                      Elemen                          Inventori                         Analisis

                                             •  Telah usang                    •  Mendatangkan bahaya
                                             •  Saiz: 1.5 m x 1.5 m.             kepada pengguna.
                                                                               •  Perlu digantikan dengan
                                                                                 pelantar kayu yang baharu.
                                                                               •  Saiz perlu diluaskan supaya
                                                                                 boleh digunakan untuk
                                                                                 pelbagai acara.


                 Foto 4.34:   Pelantar kayu.
                                             •  Terletak di kawasan            •  Perlu ditempatkan di
                                               hadapan rumah.                    kawasan belakang rumah.
                                             •  Saiz: 1.5 m x 1.5 m.           •  Perlu plot/kawasan tanaman
                                             •  Pemilik rumah menanam            yang berpagar untuk halang
                                               pokok-pokok herba dan ulam.       gangguan haiwan peliharaan.
                                             •  Penanaman dibuat secara        •  Perlu stor kecil untuk simpan
                                               tidak teratur.                    peralatan penanaman.
                                             •  Kawasan bertanah banyak        •  Perlu tambah sistem
                                               terdapat najis kucing             penyiraman automatik.

              Rajah 4.35:   Kawasan kebun mini.    yang dipelihara.

                                             •  Tidak menarik dan usang.       •  Perlu tukar pemijak kaki
                                             •  Disusun dengan jarak yang        yang mengikut tema
                                               sangat besar.                     reka bentuk.
                                                                               •  Perlu disusun dengan jarak
                                                                                 yang sesuai untuk
                                                                                 keselesaan melangkah.

              Rajah 4.36:   Pemijak kaki di laluan
                            tepi rumah.


         19 6
         196
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91