Page 88 - MODUL 4 LANDSKAP HORTIKULTUR TING.4
P. 88

4.2.8  Mencadangkan Program dalam Gambar Rajah Bulat atau  Buih Berdasarkan
                  Matlamat yang telah Ditetapkan

           Program dan matlamat reka bentuk landskap
           Setiap reka bentuk landskap perlu mempunyai matlamat
           utama sebab ia dibangunkan. Matlamat ini dapat ditentukan
           melalui proses inventori dan analisis tapak cadangan yang
           telah dilaksanakan sebelum ini.
           Satu senarai program reka bentuk perlu dibuat bagi
           menentukan ruang dan aktiviti yang hendak dibangunkan di tapak
           cadangan landskap. Senarai ini hendaklah menyelesaikan masalah
           dan juga dapat mengetengahkan potensi yang terdapat di tapak
           cadangan landskap.



                       Rajah 4.48:   Matlamat reka bentuk landskap.




           Konsep reka bentuk landskap
       4   Bagi menjadikan sesuatu kawasan lanskap itu unik, reka bentuk landskap tersebut perlu mempunyai                                                                                                                                   4
      MODUL  konsep bagi menonjolkan keunikannya. Konsep ini mengandungi ciri-ciri reka bentuk yang dipilih                                                                                                                                 MODUL
           termasuklah bentuk susun atur ruang, elemen landskap, skema warna, material landskap kejur, pemilihan
           tumbuh-tumbuhan dan lain-lain elemen reka bentuk yang lain.
           Gambar rajah buih digunakan untuk menunjukkan konsep reka bentuk landskap yang dipilih. Gambar
           rajah buih ini akan menunjukkan hubung kait antara satu ruang dengan satu ruang yang lain serta
           aktiviti dan elemen-elemen landskap yang dicadangkan di dalam ruang tersebut.













































                              Rajah 4.49:   Contoh gambar rajah buih bagi satu konsep reka bentuk landskap.

         198
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93