Page 10 - FULL BUKU PROGRAM
P. 10

Bermula daripada anak-anak ini lah kita perlu mendidik dan menerapkan nilai-nilai pent-
         ing dalam aspek akademik dan sahsiah mereka melalui keberkesanan sistem pendidi-
         kan  MRSM  iaitu STEM  dan  juga  program-program  kepimpinan serta  kerohanian  bagi
         mencorakkan pemikiran mereka agar kelak menjadi insan yang berwibawa dan cemer-
         lang.


         Sememangnya itu adalah hasrat MARA bagi mewujudkan sebuah anak-anak komuniti
         Bumiputera yang terdiri daripada golongan cerdik pandai, intelektual, dan menceburi
         dalam apa jua bidang profesional yang akhirnya memberi sumbangan besar terhadap
         sumber tenaga kerja dan meningkatkan lagi prestij Malaysia di peringkat dunia.


         Saya juga difahamkan bahawa seramai 8,106 orang calon daripada 53 buah MRSM
         bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 22 Februari 2021.
         Perkara ini adalah cabaran besar buat guru-guru dan ibu bapa pelajar bagi memasti-
         kan para pelajar bersedia menghadapi SPM di saat kita dilanda wabak pandemik
         COVID-19 ini. Namun, ia bukanlah suatu penghalang buat guru dan pelajar untuk
         meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran secara online bagi memastikan anak-
         anak pelajar terus mendapat input pembelajaran.

         Sehubungan itu, saya juga ingin berpesan kepada semua anak-anak pelajar MRSM di
         seluruh Malaysia, anda adalah harapan bangsa, agama dan negara. Manfaatkanlah
         masa muda ini dengan terus menimba ilmu dan mencipta pelbagai kejayaan-
         kejayaan kerana anda lah generasi pemimpin negara Malaysia.

         Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
         penghargaan dan syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Gradu-
         asi MRSM pada kali ini dengan norma yang baharu khususnya kepada Bahagian Pen-
         didikan Menengah MARA, juga kepada ibu bapa, guru-guru dan semua warga MRSM.

         Selamat Maju Jaya kepada anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan besar
         SPM. Kejayaan pasti milik anda!


         Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Majlis Graduasi  Maktab
         Rendah Sains MARA 2020.

         Sekian, terima kasih.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15