Page 9 - FULL BUKU PROGRAM
P. 9
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera
Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat
Allah swt kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama-
sama meraikan Majlis Graduasi MRSM 2020 secara maya.
Dengan rasa bangga saya mengucapkan syabas dan
tahniah kepada para pelajar yang dianugerahkan Sijil
Graduasi MRSM kerana anda telah berjaya memenuhi
syarat-syarat graduasi MRSM. Ucapan syabas dan tah-
niah juga kepada guru-guru yang gigih berusaha tanpa
jemu dalam memastikan kecemerlangan pelajar. Syabas
dan terima kasih turut diucapkan kepada Badan Pemua-
fakatan Pendidikan MARA Malaysia (Muafakat) dan warga MARA seluruhnya yang
begitu komited dalam apa jua perkara.
Penubuhan MRSM sejak tahun 1972 sehingga kini memberi sumbangan yang besar
kepada negara dalam mencipta modal insan melalui pewujudan Sistem Pendidikan
MRSM (SPMRSM) yang begitu komprehensif. Hasilnya, kita telah berjaya melahirkan sera-
mai 178,756 orang alumni MRSM. Pada hari ini, ada di antara mereka telah pun menjadi
tokoh negara, ahli perniagaan berjaya, ahli korporat terkenal, jurutera, doktor, dan pel-
bagai lagi kejayaan yang mereka capai.
Justeru, penerapan Sistem pendidikan MRSM yang berteraskan kepada subjek Sains,
Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) amat signifikan dan relevan bagi me-
menuhi pasaran industri dunia yang seiring dengan agenda pembangunan negara kita.
Kita seharusnya bergerak sering mengikut perubahan teknologi yang sentiasa berkem-
bang dari semasa ke semasa bagi memperluas akses kemudahan kepada kita semua
untuk melakukan apa jua sebarang pembangunan dan kemajuan negara.

