Page 197 - malaysia_2017
P. 197

PENGENALAN


              Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 dan memulakan
              operasi rasminya di sebuah bangunan yang terletak di Brockman Road (sekarang
              Jalan Dato’  Onn), Kuala Lumpur. Bangunan ini turut menempatkan pejabat Menteri
              Pertahanan yang pertama iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Haji
              Hussein yang berkhidmat dari 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970.

              Bangunan  Kementerian  Pertahanan  yang  pertama  telah  dibina  oleh    Kerajaan
              Persekutuan dengan kos bernilai RM122,000.00 dan telah dirasmikan oleh Tun   RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
              Haji Abdul Razak bin Dato’ Haji Hussein pada 18 Mac 1960. Bangunan yang dibina
              di Jalan Padang Tembak ini juga menempatkan pejabat.

              Kementerian  Pertahanan  diterajui  oleh  Menteri  Pertahanan  dan  dibantu
              oleh  seorang  Timbalan  Menteri.  Organisasi  Kementerian  Pertahanan  pula
              mengandungi dua perkhidmatan utama iaitu Perkhidmatan Awam yang diketuai
              oleh Ketua Setiausaha manakala Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh
              Panglima Angkatan Tentera.



              AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

              LIMA’17
              Pameran  Maritim  dan  Udara  Antarabangsa  Langkawi  2017  atau  The  Langkawi
              International  Maritime  &  Aerospace  Exhibition  (LIMA)  telah  diadakan  pada  21
              hingga 25 Mac 2017. LIMA 2017 adalah kali yang ke-14 sejak dilaksanakan dan
              merupakan  yang  terbesar  setakat  ini  dengan  kehadiran  555  peserta  pameran
              dari  36  buah  negara.  Matlamat  program  LIMA  adalah  untuk  mengadakan
              pameran bertaraf antarabangsa untuk mempamerkan aset-aset ketenteraan dan
              pertahanan diri dari segi darat, laut dan udara. Ianya memberikan platform untuk
              pengilang-pengilang antarabangsa mempamerkan produk terkini mereka. Antara
              yang turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul
              Razak dan Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.



























                                                            MALAYSIA 197
                                                                         2017
   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202