Page 198 - malaysia_2017
P. 198
PENUBUhAN PUSAT KEAMANAN ANTARABANGSA RAJA SALMAN (KSCIP)
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Kementerian Pertahanan Malaysia berasa amat berbangga dan berterima kasih
atas komitmen dan persetujuan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al
Saud untuk menjalinkan kerjasama lebih erat khususnya melalui Kementerian
Pertahanan Arab Saudi bagi menubuhkan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja
Salman atau King Salman Centre for International Peace (KSCIP) sempena lawatan
empat hari Raja Salman ke Malaysia bermula pada 1 Mac 2017 .
Penubuhan KSCIP bersempena nama Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz
Al Saud membuktikan keikhlasan dan kepercayaan Baginda terhadap Kerajaan
Malaysia dalam menangani pelbagai isu berkaitan extremisme dan radikalisme
melalui konsep ‘wasatiyyah’ atau kesederhanaan di rantau ini. Sebagai menyahut
saranan Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin
Tun Hussein berhubung perjalanan KSCIP ini, maka Kementerian Pertahanan
telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang berperanan membentuk
terma-terma rujukan KSCIP. Jawatankuasa khas ini akan turut dianggotai Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’
Dusuki.
ASEAN wASATIYYAh
CONfERENCE 2016
ASEAN Wasatiyyah Conference 2016
pada 23 November 2016 adalah
anjuran bersama buat pertama
kalinya di antara Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) melibatkan Kor Agama
Angkatan Tentera (KAGAT) dan Institut
Wasatiyyah Malaysia (IWW) dengan
tema Wasatiyyah Unity of Ummah -
Countering The Threat of Militancy
Extremism/Terrorism. Seminar ini
dirasmikan oleh Menteri Pertahanan
Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin
Tun Hussein.
MAJLIS PELANCARAN NATIONAL
SPECIAL OPERATIONS fORCE
(NSOf)
NSOF adalah satu integrated force
yang berperanan sebagai satu
pasukan tetap untuk bertindak pantas
pada sebilang masa bagi menangani
ancaman keganasan terhadap
kepentingan negara. Penubuhan
pasukan ini merupakan sebahagian
daripada usaha inisiatif keselamatan
negara di bawah NBOS 4. Majlis ini
dilancarkan pada 27 Oktober 2016
oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd
Najib Tun Abdul Razak.
198 MALAYSIA
2017

