Page 202 - malaysia_2017
P. 202

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN

            MAhA 2016
            Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 di
            Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, mencipta sejarah tersendiri
            dengan jumlah pengunjung mencecah empat juta melebihi jumlah dicapai pada
            MAHA 2014 yang menerima 3.02 juta pengunjung.

            Dari segi jumlah jualan, banyak peningkatan dicapai dengan jumlah jualan RM380
            juta dalam masa 11 hari. Peningkatan ini adalah yang tertinggi iaitu hampir lebih
            100 peratus daripada dicapai dua tahun lalu. MAHA 2016 juga dapat menarik lebih
            ramai belia terlibat, dari sektor-sektor perladangan, ternakan, ayam, akuakultur
            dan sektor pertanian yang lain. Ini petanda baik kerana selari matlamat kerajaan
            untuk  mendapatkan  penyertaan  lebih  40  peratus  golongan  belia  dalam  sektor
            pertanian, Kemasukan program baharu seperti Rhythm of The Farmers (ROTF),
            satu konsep agrotainment baharu untuk menarik minat ke arah pertanian melalui
            hiburan  mendorong  ribuan  pengunjung  ke  kawasan  pameran  itu  tahun  ini,
            terutama belia.

            Sebanyak 1,500 gerai jualan dan pameran mengambil bahagian dalam Pameran
            Pertanian,  Hortikultur  dan  Pelancongan  (MAHA)  2016  yang  berlangsung  dari
            1  hingga  11  Disember  2016  di  Taman  Pameran  Pertanian  Malaysia.  Serdang,
            Selangor. Pameran selama 11 hari itu bertemakan “Makanan Kita, Masa Depan
            Kita”  menekankan  isu  keselamatan  makanan  dan  kesedaran  sektor  pertanian
            sebagai tulang belakang pembangunan negara.

            Pameran  yang  diadakan  di  dalam  dewan  terdiri  daripada  lima  kluster  iaitu
            AgroTourism, AgroIT, AgroLifestyle, AgroTrade dan AgroYouth, manakala pameran
            yang diadakan di luar dewan terdiri daripada tujuh laman iaitu padi, ternakan,
            pertanian, nenas, herba dan sayur serta florikultur dan jentera. Selain itu, terdapat
            pameran berasaskan 14 negeri yang masing-masing menawarkan reka bentuk,
            identiti dan kebudayaan unik.






























              202  MALAYSIA
                                2017
   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207