Page 201 - malaysia_2017
P. 201
PENGENALAN
Kerajaan pada hari ini amat menitikberatkan jaminan keselamatan bekalan
makanan negara kerana ia merangkumi tanggungjawab kerajaan agar rakyat
mendapat makanan yang cukup, selamat, boleh diakses, dan terjamin pada masa
hadapan. Kementerian ini juga amat komited terhadap usaha mentransformasikan
sektor pertanian kepada perniagaan tani dan mewujudkan model inklusif yang
berteraskan aspek pasaran, ekonomi skala dan penyepaduan rantaian nilai sebagai
tunjang utama. Usaha ini selari dengan objektif Dasar Agromakanan Negara
(DAN) untuk meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani dan menjadikan RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
industri agromakanan sebagai industri yang berdaya saing di peringkat global.
Transformasi minda ke arah penerimaan bahawa pertanian itu satu perniagaan
adalah cabaran penting yang sedang dipikul oleh kementerian dalam menjayakan
dasar kerajaan serta melaksanakan objektif DAN kepada kumpulan sasar,
khususnya dan rakyat, amnya.
Aktiviti ekonomi negara pada tahun 2016 telah mencatatkan pertumbuhan 4.2
peratus dengan jumlah nilai ditambah sebanyak RM1,107.8 bilion. Selain memenuhi
keperluan makanan dan industri asas tani tempatan, sektor agromakanan turut
menyumbang kepada nilai eksport negara dengan menunjukkan peningkatan
sebanyak 10.6 peratus kepada RM30.2 bilion. Kadar pertumbuhan yang ketara
ini telah mengurangkan defisit Imbangan Perdangangan (Balance of Trade - BOT)
kepada RM16.6 bilion manakala import agromakanan pula sebanyak RM46.7
bilion. Sebab utama yang menyumbang defisit BOT adalah pengimportan bahan
makanan untuk ternakan yang mencatat nilai defisit sebanyak RM5.1 bilion.
MALAYSIA 201
2017

