Page 240 - malaysia_2017
P. 240

hARI hAK ASASI MANUSIA 2016
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
            Institute of Diplomacy and Foreign Affairs (IDFR) dengan kerjasama Pertubuhan
            Bangsa-bangsa  Bersatu  Malaysia  (UNAM),  Suruhanjaya  Hak  Asasi  Manusia
            (SUHAKAM)  dan  Pasukan  Negara-negara  Bersatu  Malaysia  telah  menganjurkan
            Hari  Peringatan  Bersama  Hari  Hak  Asasi  Manusia  pada  8  Disember  2016,
            bertemakan “Hak Asasi Manusia di Malaysia: Menuju ke Arah Status Negara Maju”.

            Sambutan itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Hajah Norani Ibrahim,
            Pengarah Projek Khas merangkap Pemangku Ketua Pengarah IDFR dan ucapan
            pembukaan disampaikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail,
            Presiden UNAM, diikuti dengan dua panel perbincangan.

            Panel perbincangan pertama yang dianggotai oleh Daniel Lo Soo Jeng, Pegawai
            Khas Hak Asasi Manusia, dari pejabat Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri
            di Jabatan Perdana Menteri; Tan Sri Hasmy Agam, mantan Pengerusi Suruhanjaya
            Hak  Asasi  Manusia  Malaysia;  dan  Andrew  Koo,  Pengerusi  Bersama  Majlis  Bar
            Jawatankuasa  Hak  Asasi  Manusia  membincangkan  mengenai  Acession  to  Core
            International Human Rights Treaties – Where We moved from Here.

            Perbincangan panel kedua berkisar pada Human Rights in Malaysia – Towards a
            Developed  Nation  Status  dan  pemudahcara  untuk  sesi  perbincangan  ini  adalah
            Dato’ M Santhananaban, Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia. Manakala
            ahli  panel  terdiri  daripada  Richard  Towle,  Wakil  Suruhanjaya  Bangsa-Bangsa
            Bersatu untuk Pelarian; Profesor Jomo Kwame Sundaram dari ISIS Malaysia; dan
            Zainah Anwar, Pengarah A Global Movement for Equality and Justice in the Muslim
            Family.
            Majlis sambutan Hari Hak Asasi manusia ini merupakan platform untuk semua
            yang hadir bagi membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi mengenai hak
            asasi  manusia  dalam  konteks  Malaysia.  Ia  juga  menjadi  ruang  untuk  mencari
            dan mengenalpasti penambahan serta cara-cara yang praktikal untuk bergerak
            dalam  meratifikasi  dan  menerima  pelbagai  Konvensyen  Persatuan  Bangsa-
            Bangsa  mengenai  Hak  Asasi  Manusia.  Sumbangan-sumbangan  luar  biasa  yang
            telah dilakukan bagi mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia
            juga  turut  diraikan  serta  diperakukan  di  majlis  sambutan  tersebut  dan  ucapan
            penutup untuk majlis ini telah dilakukan oleh Tan Sri Razali Ismail selaku Pengerusi
            SUHAKAM.























              240  MALAYSIA
                                2017
   235   236   237   238   239   240   241   242   243   244   245