Page 238 - malaysia_2017
P. 238

RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN























            Rundingan Tahunan ke-6 Antara Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Thailand

            SESI TERGEMPAR  MAJLIS MENTERI-MENTERI LUAR NEGERI
            PERTUBUhAN  KERJASAMA ISLAM  MENGENAI SITUASI  MINORITI
            ISLAM ROhINGYA DI MYANMAR.
            Malaysia  telah  menganjurkan  Sesi  Tergempar  Majlis  Menteri-Menteri  Luar
            Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam Mengenai Situasi Minoriti Islam Rohingya di
            Myanmar bertempat di Kuala Lumpur pada 19 Januari 2017. Sesi Tergempar ini
            diadakan  berikutan  kebimbangan  yang  semakin  memuncak  terhadap  tindakan
            keganasan dan pencabulan hak asasi manusia yang berterusan ke atas minoriti
            Islam Rohingya di Wilayah Rakhine, Myanmar, semenjak 9 Oktober 2016. Seramai
            42  daripada  56  negara  anggota  OIC  (termasuk  Malaysia)  telah  hadir  ke  Sesi
            Tergempar tersebut. Turut hadir ke Sesi Tergempar ini ialah TYT Dr. Yousef bin
            Ahmad Al-Othaimeen, Setiausaha Agung OIC. Pada akhir Sesi Tergempar tersebut,
            negara-negara anggota OIC telah menerima pakai dua dokumen hasil iaitu Resolusi
            Mengenai Situasi Minoriti Islam Rohingya di Myanmar dan Kenyataan Akhir (Final
            Communique) Sesi Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri OIC Mengenai
            Situasi  Minoriti  Islam  Rohingya  di  Myanmar.  Penganjuran  Sesi  Tergempar  ini
            membuktikan keikhlasan dan komitmen Malaysia dalam menangani kesengsaraan
            dan penderitaan masyarakat Rohingya di Wilayah Rakhine.

            MALAYSIA SEBAGAI ANGGOTA TIDAK TETAP MAJLIS KESELAMATAN
            PERTUBUhAN  BANGSA-BANGSA  BERSATU  (UNSC)  BAGI  TEMPOh
            DUA TAhUN MULAI 2015 hINGGA 2016
            Keanggotaan  Malaysia  di  Majlis  Keselamatan  PBB  (MKPBB)  yang  bermula  pada
            1  Januari  2015  telah  berakhir  pada  31  Disember  2016.  Dari  September  hingga
            Disember 2016, Malaysia telah menganjurkan satu mesyuarat tidak formal pada
            14 Oktober 2016 mengenai isu penempatan haram oleh Israel di wilayah Palestin
            yang dijajahnya. Mesyuarat tersebut telah membuka laluan kepada pembentangan
            dan kelulusan Resolusi 2334 oleh MKPBB pada 23 Disember 2016. Malaysia juga
            telah terlibat secara langsung di dalam proses pemilihan Setiausaha Agung PBB
            yang baharu bagi penggal 2017 sehingga 2021 yang diterajui oleh MKPBB.



              238  MALAYSIA
                                2017
   233   234   235   236   237   238   239   240   241   242   243