Page 237 - malaysia_2017
P. 237

TYT  Lee  Hsien  Loong  telah  mengadakan  lawatan  kerja  rasmi  ke  Malaysia  bagi
              menghadiri Sesi Permukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura yang ke-7
              pada 13 Disember 2016. Pada sesi permukiman tersebut, Malaysia dan Singapura
              telah  memeterai  Perjanjian  antara  Kerajaan  Malaysia  dan  Republik  Singapura
              berkenaan  Keretapi  Laju  Kuala  Lumpur  –  Singapura.  Projek  ini  dijangka  akan
              meningkatkan  kesalinghubungan  dan  memudahkan  perjalanan  antara  Kuala
              Lumpur dan Singapura serta meningkatkan hubungan rakyat kedua-dua negara.   RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN




























              Majlis  Menandatangani  Perjanjian  antara  Kerajaan  Malaysia  dan  Republik  Singapura  berkenaan
              Keretapi Laju Kuala Lumpur – Singapura, 13 Disember 2016


              RUNDINGAN TAhUNAN KE-6 ANTARA PERDANA MENTERI MALAYSIA
              DAN PERDANA MENTERI ThAILAND.
              Atas  jemputan  Kerajaan  Thailand,  YAB  Perdana  Menteri  Dato’  Sri  Mohd  Najib
              Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke Bangkok, Thailand dari 8 hingga
              9 September 2016  bagi menghadiri  Rundingan Tahunan ke-6 Antara Perdana
              Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Thailand . Ini merupakan kali pertama YAB
              Perdana  Menteri  bertemu  dengan  Jeneral  Prayut  Chan-o-cha,  Perdana  Menteri
              Thailand melalui mekanisme Rundingan Tahunan, sejak Jeneral Prayut Chan-o-cha
              menyandang jawatan Perdana Menteri Thailand pada tahun 2014.


















                                                            MALAYSIA 237
                                                                         2017
   232   233   234   235   236   237   238   239   240   241   242