Page 235 - malaysia_2017
P. 235
dalam menyumbang ke arah kestabilan dan keamanan dunia sejagat. Kementerian
ini akan terus memastikan hala tuju dasar luar negara adalah konsisten dengan
aspirasi Malaysia untuk menjadi ‘Suara di Persada Antarabangsa’ ke arah mencapai
status negara maju dan inklusif menjelang 2020.
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
RUNDINGAN TAhUNAN KE-11 ANTARA PERDANA MENTERI
MALAYSIA DAN PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA
Rundingan Tahunan di antara YAB Perdana Menteri Malaysia dan Presiden RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Republik Indonesia yang ke-11 telah diadakan pada 1 Ogos 2016 di Jakarta,
Indonesia. Rundingan Tahunan ke-11 ini merupakan Rundingan Tahunan yang
julung kali di antara YAB Perdana Menteri dan TYT Presiden Republik Indonesia
Joko Widodo di bawah kerangka mekanisme rundingan tahunan.
Rundingan Tahunan ke-11 mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk
mengukuhkan hubungan erat dan rapat yang telah sekian lama terjalin. Pada
tahun 2016, Indonesia merupakan rakan dagang global ketujuh terbesar Malaysia
dan ketiga terbesar di kalangan negara-negara ASEAN. Nilai perdagangan dua hala
Malaysia-Indonesia pada tahun 2016 berjumlah RM57.09 bilion (USD12.81 bilion)
manakala perdagangan dua hala pada tahun 2015 direkodkan bernilai RM60.16
bilion (USD15.41 bilion).
Rundingan Tahunan ke-10 telah diadakan pada 19 Disember 2013, di Jakarta,
Republik Indonesia di antara YAB Perdana Menteri dan bekas Presiden Susilo
Bambang Yudhoyono. Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Rundingan
Tahunan ke-12 pada tahun 2017.
MALAYSIA 235
2017

