Page 324 - malaysia_2017
P. 324
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
SAMBUTAN hARI DATUK DAN NENEK BUAT KALI PERTAMA
Hari Datuk dan Nenek di Malaysia diisytiharkan jatuh pada Ahad pertama bulan
Oktober setiap tahun, bermula tahun 2016. Sambutan yang diadakan pada 4
Oktober 2016 itu diilhamkan bersama oleh pihak kementerian dan Persatuan
Kebajikan Usiamas Malaysia (Usiamas) itu akan menjadi acara tahunan yang bakal
disambut pada setiap Ahad minggu pertama dalam bulan Oktober.
SASARAN 30 PERATUS
wANITA PEGANG JAwATAN
PENGGUBAL DASAR TAhUN
2016
Program Pengarah Wanita yang
diperkenalkan pada 2012 berjaya
melatih 960 wanita dalam pelbagai
bidang, kata Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB
Dato’ Sri Rohani Abdul Karim. Beliau
berkata mereka yang terlatih berusia
30 tahun ke atas kini bersedia untuk
ditempatkan di mana-mana syarikat
awam dan swasta bagi mengisi
jawatan penggubal dasar.
Pengisian jawatan itu di sektor swasta masih dalam lingkungan 16 hingga 17
peratus. Program Pengarah Wanita sangat membantu bagi mengisi jawatan
tersebut.
Sejumlah 79 daripada 930 syarikat senaraian awam mencapai kadar 30 peratus
jumlah wanita sebagai anggota lembaga pengarah sehingga September tahun
2016.
Perkembangan itu menunjukkan petanda positif dan berada di landasan yang
betul bagi mencapai bahagian Malaysia melalui ‘Kelab 30 Peratus’ yang dilancarkan
Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak tahun 2015. Kelab
berkenaan bertujuan untuk membantu negara mencapai sasaran meningkatkan
tiga kali ganda peratusan jumlah wanita sebagai anggota lembaga pengarah
sesebuah syarikat kepada 30 peratus menjelang tahun ini.
Di Korea Selatan dan Jepun, wanita yang mungkin lebih awal berhenti kerja akan
bekerja semula namun di Malaysia mereka yang berbuat demikian tidak akan
kembali bekerja. KPWKM akan berusaha menggalakkan wanita untuk menyertai
pasaran tenaga kerja memandangkan matlamatnya telah ditingkatkan kepada 59
peratus dalam Rancangan Malaysia ke-11 (2016 hingga 2020).
324 MALAYSIA
2017

