Page 321 - malaysia_2017
P. 321

PENGENALAN


              Kementerian  Pembangunan  Wanita,  Keluarga  dan  Masyarakat  pada  awal
              penubuhannya dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Wanita yang diumumkan
              oleh  YAB  Perdana  Menteri  pada  17  Januari  2001.  Fungsi  Kementerian
              kemudiannya  telah  diperluas  dan  ditukar  namanya  kepada  Kementerian
              Pembangunan  Wanita  dan  Keluarga  (KPWK)  mulai  15  Februari  2001.
              Penubuhan  Kementerian  Pembangunan  Wanita  dan  Keluarga  (KPWK)  adalah
              manifestasi  pelaksanaan  iltizam  negara  yang  dibuat  di  Persidangan  Sedunia
              Keempat  Wanita  di  Beijing  pada  tahun  1995  seperti  yang  terkandung  dalam   RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
              dokumen  Landasan  Tindakan  bagi  memajukan  wanita  ke  tahun  2000  iaitu:

              “Pewujudan  sebuah  kementerian  yang  lengkap  menggambarkan  komitmen
              kerajaan  yang  tinggi  untuk  meningkatkan  martabat  wanita  di  negara  ini”

              Selaras  dengan  penubuhan  KPWK,  Jabatan  Hal  Ehwal  Wanita  (HAWA)  dan
              Lembaga  Penduduk  dan  Pembangunan  Keluarga  Negara  (LPPKN)  telah
              diletakkan  di  bawah  kementerian  ini.  HAWA  kemudiannya  distruktur
              semula   dan   dikenali   sebagai   Jabatan   Pembangunan   Wanita   (JPW).

              Pada  27  Mac  2004,  fungsi  Kementerian  Perpaduan  Negara  dan  Pembangunan
              Masyarakat telah dibubarkan dan telah dipindahkan ke KPWK. Sehubungan itu,
              KPWK telah ditukar nama menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
              dan Masyarakat (KPWKM).


              AKTIVITI  DAN PENCAPAIAN


              2  CBR wORLD CONGRESS 2016
               ND
              2  CBR World Congress 2016 telah diadakan pada 27 hingga 30 September 2016
               nd
              di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Kongres ini dihadiri oleh kira-kira
              1,000  orang  peserta  tempatan  dan  antarabangsa.  Seramai  565  orang  adalah
              peserta  tempatan  yang  terdiri  daripada  pengurus  dan  pengerusi  Jawatankuasa
              Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)  serta NGO.

              Para peserta telah dibawa melawat ke-11 buah pusat PDK terpilih di sekitar Kuala
              Lumpur,  Selangor,  Negeri  Sembilan  dan  Melaka  untuk  melihat  keistimewaan
              dan  keunikan  PDK  di  Malaysia.  Kongres  ini  telah  dirasmikan  oleh  Menteri
              Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim
              pada 27 September 2016.

              Terdapat  beberapa  tema  yang  telah  diguna  pakai  untuk  menjayakan  kongres
              ini. Antara tema yang dibawa oleh kongres ini ialah Empowering & Enabling yang
              menggalakkan pengupayaan bukan sahaja kepada OKU malah kepada keluarga
              dan  masyarakat  supaya  OKU  dapat  menjadi  sebahagian  daripada  anggota
              masyarakat yang sangat penting dan tidak terpinggir dalam agenda pembangunan
              negara. Ini adalah selaras dengan prinsip inklusiviti sepertimana ia terkandung
              dalam RMKe-11.






                                                            MALAYSIA 321
                                                                         2017
   316   317   318   319   320   321   322   323   324   325   326