Page 322 - malaysia_2017
P. 322

MAJLIS PELANCARAN PELAN
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
                                                    TINDAKAN ORANG KURANG
                                                    UPAYA  (OKU) 2016-2022
                                                    Jabatan Kebajikan Masyarakat telah
                                                    mengadakan  “Program  Roadshow
                                                    Pelan  Tindakan  OKU  2016-2022”
                                                    Peringkat  Zon  Timur  bertempat
                                                    di  Taman  Sinar  Harapan  Kuala
                                                    Terengganu,  Bukit  Besar,  Kuala
                                                    Terengganu pada 10 Oktober 2016.
                                                    Objektif  program  ini  adalah  untuk
                                                    mempromosi  dan  menyampaikan
                                                    maklumat   kepada    badan-badan
                                                    kerajaan,   pihak   swasta,   badan
                                                    bukan  kerajaan  serta  masyarakat
            berkenaan Pelan Tindakan OKU 2016 – 2022. Antara pengisian program ini adalah
            ceramah Disability Equality Training, Taklimat pendaftaran OKU serta Sesi Forum –
            Pelan Tindakan OKU 2016-2022. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hajah
            Azizah  Datuk  Seri  Panglima  Haji  Mohd  Dun,  Timbalan  Menteri  Pembangunan
            Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

                                                    PERSIDANGAN
                                                    DEINSTITUTIONALISATION
                                                    Of ChILDREN: A PARADIGM
                                                    ShIfT
                                                    Conference On Deinstitutionalisation
                                                    Of  Children:  A  Paradigm  Shift  pada
                                                    23 dan 24 November 2016 ini telah

                                                    berlangsung  di  Hotel  Sunway  Putra
                                                    Kuala  Lumpur  dan  dirasmikan
                                                    oleh  YB  Dato’  Sri  Rohani  Abdul
                                                    Karim,   Menteri   Pembangunan
                                                    Wanita,  Keluarga  dan  Masyarakat
                                                    Persidangan   dianjurkan   secara
                                                    bersama oleh KPWKM dan Yayasan
                                                    OrphanCARE, sebuah NGO yang aktif
            dalam  melaksanakan  Pemeliharaan  Berasaskan  Keluarga  di  Malaysia.  Seminar
            ini  bertujuan  untuk  menyebar  luas  maklumat  mengenai  pelaksanaan  konsep
            Pemeliharaan  Berasaskan  Keluarga  di  Malaysia  serta  untuk  memahami  fungsi
            agensi kerajaan dan NGO bersama-sama ahli masyarakat dalam melaksanakan
            PBK ini.

            hARI wANITA KEBANGSAAN 2016
            ”Sepadu  Usaha  –  Tiada  Wanita  Ketinggalan”  diumumkan  sebagai  tema
            sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2016 yang berlangsung di Pusat Konvensyen
            Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 25 Ogos 2017.
            Sambutan  Hari  Wanita  Kebangsaan  yang  dirasmikan  oleh  Perdana  Menteri,  YB
            Dato’  Sri  Mohd  Najib  Tun  Abdul  Razak  itu  merupakan  platform  bagi  memberi
            pengiktirafan  atas  sumbangan  wanita  dalam  pembangunan  dan  kemajuan
            negara.  Tema  pada  tahun  ini  adalah  bertepatan  dengan  komitmen  Malaysia

              322  MALAYSIA
                                2017
   317   318   319   320   321   322   323   324   325   326   327