Page 328 - malaysia_2017
P. 328

PENGENALAN
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN

            Aspirasi Transformasi “Membandarkan Luar Bandar” adalah cetusan YB Dato’ Sri
            Ismail Sabri bin Yaakob selepas menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar
            dan  Wilayah  pada  Julai  2015.    Secara  definisinya,  Membandarkan  Luar  Bandar
            membawa  maksud  menjadikan  kawasan  luar  bandar  yang  kondusif  dengan
            pelbagai  aksesibiliti  dan  kemudahan  seperti  yang  dinikmati  oleh  penduduk  di
            bandar.

            Ini  termasuklah  memajukan  luar  bandar  melangkaui  penyediaan  infrastruktur
            serta perubahan sikap dan mindset, peningkatan ilmu dan kemahiran seterusnya
            dapat menjana pendapatan lebih tinggi melalui penglibatan pihak swasta, aktiviti
            ekonomi, keusahawanan dan mencipta peluang pekerjaan.

            Di samping itu, peningkatan kemudahan sosial dilaksanakan tanpa menjejaskan
            persekitaran  desa  dan  masyarakat  yang  masih  berpegang  teguh  kepada
            kepercayaan  agama  dan  kaya  dengan  budaya  serta  nilai-nilai  murni  bagi
            menggalakkan generasi muda untuk terus tinggal dan membina masa hadapan
            di luar bandar.

            #transformasiluarbandar
            #membandarkanluarbandar

            AKTIVITI DAN PENCAPAIAN


            MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL PENINGKATAN PENDAPATAN (PPP)
            Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
            telah  merasmikan  Karnival  Program  Peningkatan  Pendapatan  (PPP)  pada  15
            Mei 2016 bertempat di Laman Kerayong, Bera, Pahang dengan menyampaikan
            Mobilepreneur kepada peserta-peserta program PPP.

            Sebanyak  RM5  juta  diperuntukkan  pada  tahun  2016  yang  memberi  manfaat
            kepada  500  usahawan  di  seluruh  negara.  Manakala  pada  tahun  2017,
            melalui  Pembentangan  Bajet  2017,  sebanyak  RM30  juta  diperuntukkan  yang
            mensasarkan  3,000  peserta  akan  menerima  manfaat  daripada  program  ini.
            Program  Mobilepreneur  yang  berkonsepkan  perkhidmatan  bergerak  di  luar
            bandar ini telah dilancarkan pada bulan Mei 2016 oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri
            bin Yaakob. Pemberian pakej meliputi motosikal lengkap bersama rear-box (kotak
            peralatan) dan latihan keusahawanan serta melibatkan 13 bidang perkhidmatan
            yang  berpotensi  iaitu  automotif,  penyaman  udara,  elektrikal,  baiki  motosikal,
            senggaraan bangunan, senggaraan paip, kimpalan, jahitan, fotografi, komputer,
            elektronik  industri,  spa  dan  kecantikan  serta  gunting  dan  dandanan  rambut.
            Borang permohonan boleh dimuat turun di pautan www.rurallink.gov.my.













              328  MALAYSIA
                                2017
   323   324   325   326   327   328   329   330   331   332   333