Page 92 - malaysia_2017
P. 92
PROFIL NEGERI-NEGERI SARAWAK
http://www.sarawak.gov.my
Negeri Sarawak yang juga dikenali
sebagai Bumi Kenyalang merupakan
negeri yang terbesar di Malaysia
dengan keluasan kira-kira 124,450
km . Sungai terpanjang di Malaysia
2
iaitu Batang (Sungai) Rajang dan gua
terluas di dunia, Gua Mulu turut terletak
di negeri di Malaysia Timur ini. Ibu
negerinya iaitu Kuching merupakan
bandar kedua mendapat taraf bandar
raya pada 1988. Keunikan Sarawak
terletak pada 27 kumpulan etniknya
dan etnik Iban membentuk kumpulan
etnik majoriti. Antara etnik lain ialah
Bidayuh, Melanau, Orang Ulu, Kayan,
Kenyah, Lun Bawang, Penan, Kelabit,
Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan,
Sekapan, Kejaman, Punan, Baketan,
Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum,
Longkiput dan lain-lain termasuk juga
Melayu dan Cina. Sarawak mempunyai
31 kawasan Parlimen, 71 Dewan
Undangan Negeri dan 11 Bahagian
meliputi 28 daerah seperti Kuching, Sri
Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Limbang, Kapit,
Bintulu, Samarahan, Mukah dan Betong.
Unjuran penduduknya pada tahun 2016
adalah 8.7 peratus dari 31.7 juta jumlah
penduduk di Malaysia.
Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan
kepelbagaian biologi dan keunikan
budaya, Sarawak menawarkan pakej
destinasi pelancongan berteraskan
budaya, kembara dan keindahan alam
semula jadi. Daripada budaya moden
di bandar-bandar kepada budaya arkaik
di pedalaman Sarawak, penduduknya
menyambut pelbagai jenis perayaan
setiap tahun. Namun, sambutan
perayaan yang sangat sinonim dengan
Sarawak ialah Hari Gawai. Warisan
Sarawak yang kaya meliputi alam liar
rimba ke dunia bawah air tersohor
yang menggambarkan batu karang
92 MALAYSIA
2017

