Page 30 - MANUAL PENGURUSAN - 2022-e
P. 30

17. LENCANA SEKOLAH DAN DISKRIPSI





                                               Lencana Sekolah


                                               Ilmu suluh hidup adalah cogankata Sekolah Kebangsaan Seberang
                     ILMU SULUH HIDUP          Takir. Ilmu diharapkan dapat menerangi kehidupan setiap murid agar
                                               berjaya di dalam semua bidang.
                                               PERISAI
                                               Perisai berbentuk perahu melambangkan identiti Kampung Seberang

                             IL  U             Takir yang merupakan perkampungan nelayan dan mereka menjalani
                             M  H
                             U   H             kehidupan serba sederhana.
                             S  I
                                 D             OBOR
                                U              Obor pula melambangkan ilmu yang akan sentiasa menerangi hidup
                                               semua  murid.  Ilmu  adalah  tunjang  utama  yang  diberi  perhatian  ke
                                               arah melahirkan murid yang seimbang bagi mencapai 6 aspirasi di

                                               dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
                                               ORBIT
                                               Orbit  yang  terletak  ditengah-tengah  lencana  melambangkan
                                               kemajuan sains dan teknologi yang kian pesat berkembang. Enam
                                               penjuru pula melambangkan perkembangan minda murid sekolah ini
                                               ke  arah  pemikiran  aras  tinggi  yang  lebih  kreatif,  kritis,  dinamik,
                                               pragmatik,  bersemangat  kental  dan  berdaya  saing  bagi  memenuhi

                                               keperluan pekerjaan di abad ke-21.
                                               TIGA GELUNG ROTAN
                                               Tiga  gelung  rotan  yang  bergabung  melambangkan  semangat
                                               perpaduan, kerjasama dan toleransi di antara semua warga sekolah
                                               dalam  melahirkan  murid  yang  berketerampilan  dan  berbakat  besar

                                               dalam pelbagai bidang sukan dan permainan.








                                                                                                               29
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35