Page 30 - MANUAL PENGURUSAN - 2022
P. 30

17. LENCANA SEKOLAH DAN DISKRIPSI





                                             Lencana Sekolah


                                             Ilmu suluh hidup adalah cogankata Sekolah Kebangsaan Seberang
                    ILMU SULUH HIDUP         Takir. Ilmu diharapkan dapat menerangi kehidupan setiap murid agar
                                             berjaya di dalam semua bidang.

                                             PERISAI
                                             Perisai  berbentuk  perahu  melambangkan  identiti  Kampung
                            IL  U            Seberang  Takir  yang  merupakan  perkampungan  nelayan  dan
                            M  H
                            U   H            mereka menjalani kehidupan serba sederhana.
                            S  I
                            UL   D           OBOR
                               U             Obor pula melambangkan ilmu yang akan sentiasa menerangi hidup
                               P
                                             semua  murid.  Ilmu  adalah  tunjang  utama  yang  diberi  perhatian  ke

                                             arah melahirkan murid yang seimbang bagi mencapai 6 aspirasi di
                                             dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
                                             ORBIT
                                             Orbit  yang  terletak  ditengah-tengah  lencana  melambangkan
                                             kemajuan sains dan teknologi yang kian pesat berkembang.  Enam

                                             penjuru pula melambangkan perkembangan minda murid sekolah ini
                                             ke  arah  pemikiran  aras  tinggi  yang  lebih  kreatif,  kritis,  dinamik,
                                             pragmatik,  bersemangat  kental  dan  berdaya  saing  bagi  memenuhi
                                             keperluan pekerjaan di abad ke-21.
                                             TIGA GELUNG ROTAN
                                             Tiga  gelung  rotan  yang  bergabung  melambangkan  semangat
                                             perpaduan, kerjasama dan toleransi di antara semua warga sekolah

                                             dalam  melahirkan  murid  yang  berketerampilan  dan  berbakat  besar
                                             dalam pelbagai bidang sukan dan permainan.











                                                                                                               29
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35