Page 44 - MANUAL PENGURUSAN - 2022
P. 44

23. PERATURAN SEKOLAH BAGI SEMUA GURU

                   1.  Tiba di sekolah selewat-lewatnya pada jam 7.15 pagi setiap hari.
                   2.  Merekod kehadiran dengan cara ‘Thumb print’ setiap hari sebelum jam 7.20 pagi.
                   3.  Menghubungi kepada Guru Besar / Penolong Kanan dengan kaedah paling cepat
                       sekiranya tidak dapat hadir ke sekolah sebelum jam 7.00 pagi.
                   4.  Tidak keluar dari kawasan sekolah pada waktu persekolahan (7.30 pagi hingga 1.30
                       petang) tanpa kebenaran Guru Besar.
                   5.  Mendapat kebenaran pihak pengurusan terlebih dahulu sekiranya perlu keluar pada
                       waktu persekolahan.  Seterusnya perlu merekod dalam  Buku Catatan Keluar Berurusan
                       Masa Kerja di pejabat sekolah.
                   6.  Menggunakan kemudahan Cuti Rehat Khas dengan penuh integriti. Permohonan
                       mestilah menggunakan aplikasi dalam talian  HRMIS dan juga  mengisi borang CRK di
                       pejabat sekolah sebagaimana arahan dalam Perintah Am Bab ‘C’ dua minggu sebelum
                       tarikh bercuti.
                   7.  Hadir dan berada sepenuhnya di tempat perhimpunan setiap kali perhimpunan
                       diadakan.
                   8.  Wajib hadir dan menjalankan aktiviti kokurikulum yang disusun oleh sekolah / PPD atau
                       JPN.
                   9.  Menyedia dan menguruskan Rekod Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang
                       menggunakan tapak e-RPH dengan kemas setiap hari persekolahan tanpa gagal.
                       Menghantar Rekod PdPc e-RPH untuk semakan pihak pengurusan setiap awal minggu.
                   10. Bersedia melaksanakan semua tugasan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa
                       ke semasa.
                   11. Wajib menjadi ahli Kelab Guru dan Kakitangan SK Seberang Takir dan menjelaskan
                       yuran bulanannya.
                   12. Bertindak sebagai guru disiplin dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan
                       melaksanakan semua aktiviti sekolah mengikut SOP.
                   13. Sentiasa berpakaian kerja rasmi yang kemas dan sesuai sebagai seorang pendidik..
                   14. Tidak merokok di dalam kawasan sekolah


               1.  GURU BERTUGAS MINGGUAN

                   I)     Ketua Guru

                   1.1 Mengurus / Juru acara perhimpunan mingguan termasuk persiapan siaraya.
                   1.2 Mengumumkan nama-nama guru bertugas mingguan semasa perhimpunan dan
                       mempamerkan nama-nama guru bertugas di papan kenyataan yang disediakan.
                   1.3 Memastikan perancangan aktiviti seminggu dan perhimpunan setiap pagi berjalan
                       dengan baik dan teratur.
                   1.4 Menghebahkan pengumuman harian melalui siaraya apabila diperlukan termasuk
                       pengumuman semasa perhimpunan.
                   1.5 Memastikan bacaan doa oleh murid dilaksanakan sebelum dan selepas waktu PdPc.
                       Meyampaikan maklumat dan pesanan guru penyayang sebelum pulang.
                   .


                                                                                                           43
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49