Page 48 - MANUAL PENGURUSAN - 2022
P. 48

13. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS ( SPBT )

                       13.1  Menerima buku teks dari pembekal, menyimpan di dalam bilik buku teks dan
                             menyediakan stok yang kemas dan terkini.
                       13.2  Menguruskan pengagihan dan pemulangan buku teks dari murid-murid.
                       13.3  Menyediakan borang G dan memastikan guru-guru kelas melengkapkannya.
                       13.4  Menyediakan peraturan mengenai buku teks.
                       13.5  Menjaga kebersihan, menceriakan dan mengemaskini bilik buku teks.

                   14. KEBAJIKAN MURID

                       14.1  Menyediakan data murid yang layak menerima bantuan.
                       14.2  Menyampaikan bantuan dari masa ke semasa kepada murid sasar.
                       14.3  Mengendalikan  tabung sayang di sayang.

                   15. KEDAI SEKOLAH

                       15.1  Memberi khidmat jualan barang-barang keperluan persekolahan murid.
                       15.2  Melatih murid-murid asas berniaga dan berbelanja secara berhemah.
                       15.3  Mengemaskini Buku Tunai Harian setiap hari untuk merekod hasil jualan.
                       15.4   Mengurus stok bahan jualan.
                       15.5   Menyediakan penyata kewangan dan membentangkannya dua bulan sekali.

                   16. RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN DAN PROGRAM SUSU SEKOLAH ( RMT )

                       16.1  Mengenal pasti murid layak dan mengikut syarat kelayakan.
                       16.2  Menyediakan data yang lengkap untuk diajukan kepada KPM.
                       16.3  Memberi surat tawaran setuju terima kepada ibu bapa.
                       16.4  Mengurus penyediaan RMT dan membuat laporan harian dan rekod setiap hari.
                       16.5  Menyediakan jadual tugasan dan memastikan pelaksanaanya.
                       16.6  Menyediakan pelaporan RMT.
                       16.7  Memantau penyediaan makanan RMT oleh pengusaha.

                   17. KANTIN

                       17.1  Mengawasi bahan makanan yang dijual di kantin sentiasa mematuhi peraturan
                             yang telah ditetapkan oleh PPD / JPN / KPM.
                       17.2  Mengawasi kebersihan makanan, tempat memproses,pakaian kakitangan dan
                             sebagainya agar tidak berlakunya kejadian keracunan makanan.
                       17.3  Mengadakan perbincangan dengan pengusaha kantin dari semasa ke semasa
                             untuk penambah kebaikan bersama.
                       17.4  Mempastikan pihak pengusaha kantin menyedia dan mempamerkan dokumen-
                             dokumen penting yang diperlukan seperti menu dan harga makan, lesen
                             perniagan, sijil kesihatan pekerja-pekerja,poster-poster, gred kantin.
                       17.5  Membuat laporan harian dan bulanan (rumusan) berkaitan Laporan Kendiri
                             Kantin.








                                                                                                           47
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53