Page 302 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 302

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    per.  150—(samb.)
                       Fasal  (8)(a)
                       Perkataan “Yang di-Pertuan Agong disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2b)” digantikan dengan
                       perkataan  “Perdana  Menteri  yang  disebut  dalam  Fasal  (1),  (2)  dan  (2b)”  oleh  Akta  A566,
                       perenggan 20(k),  berkuat kuasa dari  16-12-1983.
                       Fasal  (8)(b)(i)
                       Perkataan  “sama  ada  atau  tidak  berbangkit  di  bawah  Fasal  (2)”  dimasukkan  selepas
                       perkataan “dinyatakan dalam Fasal (1)” oleh Akta A566, perenggan 20(l), berkuat kuasa dari
                       16-12-1983.
                       Catatan:
                       Perkara  150  dipinda  lagi  oleh  Akta  A584,  seksyen  3,  berkuat  kuasa  dari  20-01-1984  yang
                       mengekalkan  peruntukan  asal  seperti  yang  terdapat  sebelum  pindaan  yang  dibuat  oleh
                       Akta A566  seperti yang terdapat  kini.

                       Fasal  (5)
                         a.  Fasal yang ada sekarang digantikan oleh Akta 26/1963, subseksyen 39(2), berkuat kuasa
                           dari 16-09-1963.
                         b.  Perkataan “atau dalam Perlembagaan Negeri Sarawak” dimasukkan oleh Akta 68/1966,
                           perenggan 3(1)(a), selepas perkataan “Perlembagaan ini” yang terdapat mula-mula itu,
                           berkuat  kuasa  dari  20-09-1966,  dan  akan  berhenti  berkuat  kuasa  enam  bulan  selepas
                           tarikh terhentinya kuat kuasa Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan
                           Agong pada 14-09-1966 dalam P.U. 339a/1966. Fasal yang asal berbunyi seperti yang
                           berikut:
                             “(5)  Semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, Parlimen boleh, walau apa pun apa-
                           apa  jua  dalam  Perlembagaan  ini,  membuat  undang-undang  mengenai  apa-apa  perkara
                           yang  disenaraikan  dalam  Senarai  Negeri  (selain  apa-apa  perkara  mengenai  hukum
                           Syarak atau adat orang Melayu), melanjutkan tempoh Parlimen atau Badan Perundangan
                           Negeri, menggantung mana-mana pilihan raya, dan membuat apa-apa peruntukan yang
                           berbangkit atau bersampingan dengan mana-mana peruntukan yang dibuat menurut Fasal
                           ini.”.
                       Fasal  (6)
                         a.  Fasal yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 39(2), berkuat kuasa
                           dari 16-09-1963.  Fasal yang asal berbunyi seperti yang berikut:
                             “(6)  Tiada  peruntukan  mana-mana  undang-undang  atau  ordinan  yang  dibuat  atau
                           yang  dimasyhurkan  menurut  Perkara  ini  boleh  menjadi  tidak  sah  atas  alasan  apa-apa
                           ketidakselarasan  dengan  peruntukan-peruntukan  Bahagian  ii,  dan  Perkara  79  tidaklah
                           terpakai  bagi  mana-mana  rang  Undang-Undang  untuk  sesuatu  undang-undang  yang
                           sedemikian  atau  bagi  apa-apa  pindaan  kepada  sesuatu  rang  Undang-Undang  yang
                           sedemikian.”.
                         b.  Perkataan  “atau  bagi  Perlembagaan  Negeri  Sarawak”  dimasukkan  oleh
                           Akta 68/1966, perenggan 3(1)(b), selepas perkataan “Perlembagaan ini” di hujungnya,
                           berkuat  kuasa  dari  20-09-1966,  dan  akan  terhenti  berkuat  kuasa  enam  bulan  selepas
                           tarikh terhentinya kuat kuasa Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan
                           Agong pada  14-09-1966 dalam  P.U.  339a/1966.
                       Fasal  (6a)
                         a.  Ditambahkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 39(2), berkuat kuasa  dari  16-09-1963.
                         b.  Perkataan “sesuatu Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah atau Sarawak” oleh
                           Akta A514, perenggan  19(1)(b),  berkuat kuasa dari 27-08-1976.
                       Fasal  (8) & (9)
                          Ditambahkan oleh Akta A514, perenggan 15(d), berkuat  kuasa dari15-05-1981.
   297   298   299   300   301   302   303   304   305   306   307