Page 298 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 298

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN
                    per.  149—(samb.)

                            (2)  Sesuatu  undang-undang  yang  mengandungi  sebutan  seperti  yang  disebut  dalam
                         Fasal (1), jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa setelah
                         habis tempoh satu tahun dari tarikh undang-undang itu mula berkuat kuasa, tanpa menjejaskan
                         kuasa Parlimen  untuk membuat suatu undang-undang baru di  bawah Perkara ini.”.
                       2.  lihat Akta  Keselamatan  Dalam Negeri 1960 [akta  82].
                       3.  Perkataan “, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.” dimasukkan selepas
                       perkataan  “subversif”  dalam  nota  bahu  oleh Akta A442,  perenggan  5(b),  berkuat  kuasa  dari
                       31-12-1978.
                       Fasal  (1)
                         a.  Perenggan (e) digantikan oleh Akta A442, perenggan 5(c), berkuat kuasa dari 31-12-1978.
                            Perenggan asal berbunyi  seperti yang berikut:
                            “(e)  yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana  bahagiannya;”.
                         b.  Perkataan  “atau  10”  digantikan  dengan  “,  10  atau  13”  oleh  Akta  A514,  seksyen  14,
                           berkuat  kuasa  dari  15-05-1981.
                       4.  Perenggan (f) ditambahkan oleh Akta A442, perenggan 5(c), berkuat kuasa dari 31-12-1978.

                    per.  150
                       Fasal  (1)
                         a.  Perkataan  “sama  ada  disebabkan  oleh  peperangan  atau  pencerobohan  dari  luar  negeri
                           atau  kekacauan  di  dalam  negeri”  yang  terdapat  selepas  perkataan  “adalah  terancam
                           oleh  kerananya,”  dipotong  oleh  Akta  26/1963,  subseksyen  39(1),  berkuat  kuasa  dari
                           16-09-1963.
                         b.  Digantikan oleh Akta A514, perenggan 15(a), berkuat kuasa dari 15-05-1981. Fasal (1)
                           yang dahulu  berbunyi seperti  yang berikut:
                             “(1)  jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku
                           dan keselamatan atau kehidupan ekonomi Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam
                           kerananya, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat.”.
                         c.  Perkataan “Yang di-Pertuan Agong” digantikan dengan perkataan “Perdana Menteri” dan
                           perkataan “boleh” digantikan dengan “dia hendaklah menasihati Yang di-Pertuan Agong
                           dengan sewajarnya dan Yang di-Pertuan Agong hendaklah kemudiannya” kedua-duanya
                           oleh Akta A566,  perenggan 20(a) dan (b), berkuat  kuasa dari 16-12-1983.
                       Fasal  (2)
                         a.  Digantikan oleh Akta A514, perenggan 15(a), berkuat kuasa dari 15-05-1981. Fasal (2)
                           yang dahulu berbunyi  seperti  yang  berikut:
                             “(2)  jika  Proklamasi  Darurat  dikeluarkan  dalam  masa  Parlimen  tidak  bersidang,
                           maka  Yang  di-Pertuan  Agong  hendaklah  memanggil  Parlimen  dengan  seberapa
                           segera  yang  dapat  dilaksanakan,  dan  sehingga  kedua-dua  Majlis  Parlimen  bersidang,
                           Yang  di-Pertuan  Agong  boleh  memasyhurkan  ordinan-ordinan  yang  mempunyai  kuat
                           kuasa  undang-undang  jika  berpuas  hati  bahawa  tindakan  serta-merta  dikehendaki.”.

                         b.  Perkataan “Yang di-Pertuan Agong” digantikan dengan perkataan “Perdana Menteri” dan
                           perkataan “dan menasihatkan  Yang di-Pertuan Agong dengan sewajarnya” dimasukkan
                           selepas perkataan “yang mengancamkan itu” oleh Akta A566, perenggan 20(c) dan (d),
                           berkuat  kuasa  dari  16-12-1983.
                       lihat  Proklamasi dalam P.U.  271/1964, P.U. 339A/1966, P.U. (A) 145/1969.
   293   294   295   296   297   298   299   300   301   302   303