Page 300 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 300

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN
                    per.  150—(samb.)

                       Fasal  (2a)
                          a.  Ditambahkan  oleh  Akta  A514,  perenggan  15(b),  berkuat  kuasa  dari  15-05-1981.
                          b.  Perkataan “untuk mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat” dimasukkan selepas perkataan
                           “oleh  Perkara  ini”,  perkataan  “sebagaimana  dinasihatkan  oleh  Perdana  Menteri,”
                           dimasukkan  selepas  perkataan  “hal-hal  keadaan  yang  berlainan”.  Perkataan  “oleh
                           Yang  di-Pertuan  Agong”  dipotong.  Pindaan-pindaan  ini  dibuat  oleh  Akta  A566,
                           perenggan 20(e),  (f) dan (g),  berkuat kuasa dari 16-12-1983.
                       Fasal  (2b)
                         a.  Ditambahkan  oleh  Akta  A514,  perenggan  15(b),  berkuat  kuasa  dari  15-05-1981.
                         b.  Perkataan  “Yang  di-Pertuan Agong  berpuas  hati  bahawa  ada  hal-hal  keadaan  tertentu
                           yang  menyebabkan  perlu  baginya  mengambil  tindakan  serta-merta,  maka  Yang
                           di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang didapatinya
                           dikehendaki mengikut hal-hal keadaan” digantikan dengan “Perdana Menteri berpuas hati
                           bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu diambil tindakan serta-
                           merta,  maka  dia  hendaklah  menasihati Yang  di-Pertuan Agong  supaya  memasyhurkan
                           apa-apa  ordinan  sebagaimana  yang  didapati  perlu  oleh  Perdana  Menteri,  dan  Yang
                           di-Pertuan Agong  hendaklah  kemudiannya  memasyhurkan  ordinan-ordinan  itu  dengan
                           sewajarnya”  oleh  Akta  A566,  perenggan  20(h),  berkuat  kuasa  dari  16-12-1983.
                       Fasal  (2C)
                         a.  Ditambahkan  oleh  Akta  A514,  perenggan  15(c),  berkuat  kuasa  dari  15-05-1981.
                         b.  Perkataan “Yang di-Pertuan Agong” dipotong oleh Akta A566, perenggan 20(i), berkuat
                           kuasa dari 16-12-1983.
                       Fasal  (3)
                         a.  Fasal yang ada sekarang digantikan oleh Akta 10/1960, seksyen 29, berkuat kuasa dari
                           31-05-1960,  dan  menggantikan  Fasal asal  yang berbunyi seperti yang berikut:
                             “(3)  Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2)
                           hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih
                           dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti  berkuat kuasa—
                              (a)  sesuatu Proklamasi, apabila habis tempoh dua bulan mulai tarikh Proklamasi itu
                                 dikeluarkan;  dan
                              (b)  sesuatu ordinan, apabila habis tempoh lima belas hari mulai tarikh kedua-dua
                                 Majlis  bersidang pertama kali,
                           melainkan jika, sebelum habis tempoh itu, Proklamasi atau ordinan itu telah diluluskan
                           melalui suatu ketetapan setiap  Majlis Parlimen.”.
                         b.  Perkataan “Fasal (2)” digantikan dengan “Fasal (2b)” oleh Akta A514, perenggan 15(c),
                           berkuat  kuasa  dari  15-05-1981.
                         c.  Perkataan “Yang di-Pertuan Agong” dipotong oleh Akta A566, perenggan 20(j), berkuat
                           kuasa dari 16-12-1983.
   295   296   297   298   299   300   301   302   303   304   305