Page 311 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 311
[Perkara 153] Perlembagaan Persekutuan 165
(c) jika tiada permit atau lesen dahulunya dikehendaki
bagi mengendalikan perdagangan atau perniagaan itu,
memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau
lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-
apa perdagangan atau perniagaan yang telah dijalankan
olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang
itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak
pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau
lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian
mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris,
pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang
itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-
undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin
semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa
keadaan.
(8a) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika
di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan
lain yang memberikan pendidikan selepas malaysian Certificate
of education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang
ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi
pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada
calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada
bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka
adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara
ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa
itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada
tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana
antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan
munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu
hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen
kuasa untuk menyekat perniagaan atau perdagangan semata-mata
bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-
mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(9a) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung
dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti
yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161a.
(10) Perlembagaan Negeri yang ber-raja boleh membuat
peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu)
dengan peruntukan Perkara ini.

