Page 316 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 316
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 158
1. Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963, menggantikan perkataan “mana-
mana wilayah yang Perkara ini terpakai baginya” yang terdapat di hujung perenggan (a), (b)
dan (c) Fasal (1) dengan “Brunei” dan memansuhkan Fasal (2) yang berbunyi seperti yang
berikut:
“(2) Perkara ini terpakai bagi Singapura, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara.”.
2. Perkara ini dipotong oleh Akta A704, seksyen 11, berkuat kuasa dari 10-06-1988 dan
berbunyi seperti yang berikut:
“158. (1) Tiada apa-apa jua dalam Perlembagaan ini boleh dikira sebagai melarang daripada
dibuat atau diteruskan perkiraan yang menurutnya—
(a) jabatan-jabatan, pihak-pihak berkuasa atau perkhidmatan-perkhidmatan disenggarakan
oleh Kerajaan Persekutuan bersama-sama dengan Kerajaan Brunei; atau
(b) Kerajaan Persekutuan atau mana-mana pegawainya atau pihak berkuasanya bertindak
sebagai ejen bagi Kerajaan Brunei; atau
(c) apa-apa bahagian kuasa eksekutif Persekutuan dijalankan, dengan persetujuan Kerajaan
Persekutuan, oleh mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Kerajaan Brunei.
(2) (Dimansuhkan).”.
per. 159
lihat Per. 159a.
Fasal (1)
a. Perkataan “dan kepada Perkara 161e dan 161h” dimasukkan selepas “Perkara ini” oleh
Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
b. Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965, menggantikan “dan kepada
Perkara 161e dan 161h” dengan perkataan “dan kepada Perkara 161e”.
Fasal (2)
Fasal ini dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-08-1963 dan
berbunyi seperti yang berikut:
“(2) Tiada pindaan kepada Perlembagaan ini boleh dibuat sebelum Parlimen ditubuhkan
mengikut Bahagian iV, kecuali apa-apa yang difikirkan perlu oleh Majlis Perundangan untuk
menghapuskan apa-apa kesulitan dalam masa peralihan daripada perkiraan perlembagaan
yang berkuat kuasa sebaik sebelum Hari Merdeka dengan apa yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan ini; tetapi apa-apa undang-undang yang dibuat menurut Fasal ini hendaklah,
melainkan jika dimansuhkan terlebih dahulu, terhenti berkuat kuasa apabila habis tempoh
dua belas bulan yang bermula pada hari Parlimen pertama kali bersidang.”.
Fasal (3)
a. lihat Per. 62(3), 68(5) & 161e(1).
b. Perkataan “dan sesuatu rang Undang-Undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada
sesuatu undang-undang yang diluluskan di bawah Fasal (4) Perkara 10” dimasukkan
oleh Akta A30, subseksyen 7(1), berkuat kuasa dari 10-03-1971.

