Page 314 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 314

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN
                    per.  154

                       lihat Akta  ibu Kota Persekutuan  1960  [akta 190].
                       Fasal  (3)
                       Dimansuhkan  oleh  Akta  10/1960,  seksyen  31,  berkuat  kuasa  dari  08-08-1960,  yang  juga
                       memotong  perkataan  “tetapi  tertakluk  kepada  Fasal  (3)”  selepas  perkataan  “Bahagian  Vi”
                       dalam  Fasal (2).  Fasal (3)  yang  asal berbunyi seperti yang berikut:
                           “(3)  Berhubung dengan perbandaran Kuala Lumpur, Fasal (2) tidaklah terpakai sehingga
                         suatu tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan raja Negeri
                         Selangor  menurut  perkiraan  yang  dibuat  antara  Kerajaan  Persekutuan  dengan  Kerajaan
                         Negeri  itu  bagi  penubuhan  ibu  kota  Negeri  di  suatu  tempat  lain;  dan  sehingga  tarikh  itu
                         ditetapkan, Senarai Persekutuan hendaklah terpakai seolah-olah butiran (c) seksyen 6, dan
                         perkataan  “kadar di  ibu  kota persekutuan” dalam butiran (h) seksyen 7  ditinggalkan.”.

                    per.  155
                       Fasal  (2):
                       Fasal  yang  ada  sekarang  digantikan  oleh  Akta  14/1962,  seksyen  32,  berkuat  kuasa  dari
                       01-10-1962,  dan  menggantikan  Fasal yang  asal  yang berbunyi seperti yang berikut:
                           “(2)  Dalam Perkara ini “bahagian Komanwel” ertinya mana-mana negara Komanwel, mana-
                         mana  tanah  jajahan,  tanah  protektorat  atau  negara  naungan  dan  mana-mana  wilayah  lain
                         yang ditadbirkan oleh Kerajaan mana-mana negara Komanwel; dan berhubung dengan United
                         Kingdom  dan  mana-mana  bahagian  Komanwel  yang  lain  (yang  bukan  negara  Komanwel
                         atau  wilayah  yang  ditadbirkan  oleh  Kerajaan  sesuatu  negara  Komanwel  selain  United
                         Kingdom)  sebutan  mengenai  warganegara  bahagian  Komanwel  itu  hendaklah  ditafsirkan
                         sebagai  sebutan  mengenai warganegara United Kingdom dan Tanah-Tanah jajahan.”.
   309   310   311   312   313   314   315   316   317   318   319