Page 315 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 315
[Perkara 156] Perlembagaan Persekutuan 167
antara Persekutuan, Negeri atau pihak berkuasa awam itu,
mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan pihak berkuasa
yang melevikan kadar-kadar itu atau, jika tidak ada persetujuan,
sebagaimana yang diputuskan oleh suatu tribunal yang terdiri
daripada pengerusi Tribunal Tanah yang ditubuhkan di bawah
Perkara 87, yang hendaklah mempengerusikannya, dan dua orang
anggota lain dengan setiap satu pihak yang berkenaan itu melantik
seorang anggota.
pewakilan fungsi negeri kepada suatu negeri lain
157. Tertakluk kepada apa-apa peruntukan undang-undang Negeri,
perkiraan boleh dibuat antara mana-mana dua Negeri supaya
pihak-pihak berkuasa satu Negeri melaksanakan apa-apa fungsi
bagi pihak-pihak berkuasa Negeri yang satu lagi, dan perkiraan itu
boleh mengadakan peruntukan bagi membuat pembayaran berkenaan
dengan apa-apa kos yang dilakukan di bawah perkiraan itu.
158. (Dimansuhkan).
pindaan perlembagaan
159. (1) Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam Perkara
ini dan kepada Perkara 161e, peruntukan Perlembagaan ini boleh
dipinda melalui undang-undang persekutuan.
(2) (Dimansuhkan).
(3) Sesuatu rang Undang-Undang bagi membuat apa-apa
pindaan kepada Perlembagaan (selain pindaan yang dikecualikan
daripada peruntukan Fasal ini) dan sesuatu rang Undang-Undang
bagi membuat apa-apa pindaan kepada sesuatu undang-undang
yang diluluskan di bawah Fasal (4) Perkara 10 tidaklah boleh
diluluskan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen melainkan
jika rang Undang-Undang itu telah disokong pada Bacaan Kali
Kedua dan Kali Ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada
dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu.
(4) Pindaan-pindaan yang berikut dikecualikan daripada
peruntukan Fasal (3), iaitu:

