Page 37 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 37
[Perkara 12] Perlembagaan Persekutuan 28
(3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran
sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau
upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.
(4) Bagi maksud Fasal (3), agama seseorang yang di bawah
umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya
atau penjaganya.
Hak terhadap harta
13. (1) Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali
mengikut undang-undang.
(2) Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan
atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang
mencukupi.
Bahagian iii
KEWArgANEgArAAN
Bab 1—Pemerolehan Kewarganegaraan
kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang
14. (1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, orang yang
berikut ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang,
iaitu:
(a) tiap-tiap orang yang lahir sebelum Hari Malaysia yang
menjadi warganegara Persekutuan menurut kuasa
peruntukan yang terkandung dalam Bahagian i jadual
Kedua; dan
(b) tiap-tiap orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia
dan mempunyai mana-mana kelayakan yang dinyatakan
dalam Bahagian ii jadual Kedua.
(c) (Dimansuhkan).
(2) (Dimansuhkan).
(3) (Dimansuhkan).

