Page 356 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 356
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 181
Fasal (2)
a. lihat Perkara 160(2) takrif “raja”.
b. lihat Akta Penyemakan Undang-Undang Statut Persekutuan (guaman Terhadap Kerabat
Pemerintah) 1966 [akta 8/1966].
c. Perkataan “kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV”
dimasukkan selepas perkataan “peribadinya” oleh Akta A848, seksyen 7, berkuat kuasa
dari 30-03-1993.
bahagian XV, per. 182 & 183
Dimasukkan oleh Akta A848, seksyen 7a, berkuat kuasa dari 30-03-1993.
Catatan:
Tiada apa-apa jua prosiding boleh dibawa di dalam mana-mana mahkamah atau di dalam
Mahkamah Khas terhadap Yang di-Pertuan Agong atau raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya
berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya
sebelum permulaan kuat kuasa Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993—lihat seksyen 8 Akta
A848.
per. 182
Fasal (1)
Perkataan “Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung” dan “Agung” digantikan dengan “Ketua
Hakim Negara Mahkamah Persekutuan” dan “Persekutuan” oleh Akta A885, perenggan 42(a),
berkuat kuasa dari 24-06-1994.
Fasal (4) & (5)
Perkataan “Agung” digantikan dengan “Persekutuan” oleh Akta A885, perenggan 42(b), berkuat
kuasa dari 24-06-1994.

