Page 352 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 352
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 169(c)
1. Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 41, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
2. Perkataan “dan kepada Singapura” yang terdapat selepas perkataan “Negeri-Negeri Borneo”
ditinggalkan oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965.
3. Perkataan “Negeri-Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah dan Sarawak” oleh
Akta A354, seksyen 43, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
per. 170
Perkara ini dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-08-1963 dan
berbunyi seperti yang berikut:
“170. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, mana-mana orang yang sebaik sebelum
Hari Merdeka layak membuat permohonan untuk didaftarkan sebagai seorang warganegara
Persekutuan di bawah Fasal 126 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, adalah berhak
apabila permohonan dibuat kepada pihak berkuasa pendaftaran dalam tempoh satu tahun
yang bermula dari hari itu, didaftarkan sebagai seorang warganegara.
(2) Seseorang yang tidak berada di dalam Persekutuan selama tempoh lima tahun
terus-menerus dalam tempoh sepuluh tahun sebaik sebelum permohonannya dibuat di
bawah Perkara ini tidaklah berhak didaftarkan di bawahnya melainkan jika diperakui oleh
Kerajaan Persekutuan bahawa dia telah mengekalkan hubungan yang substansial dengan
Persekutuan sepanjang tempoh itu.
(3) Perkara ini hendaklah ditafsirkan sebagai satu dengan Bahagian iii; dan Perkara
18 dan 26 hendaklah terpakai berhubung dengan pendaftaran di bawah Perkara ini, dan
dengan orang yang didaftarkan sebagai warganegara di bawahnya, sebagaimana Perkara
itu terpakai berhubung dengan pendaftaran di bawah Perkara 16 dan dengan orang yang
didaftarkan di bawah Perkara itu.”.
per. 171
1. Perkara ini dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-08-1963,
dan pemansuhan itu tidak menjejaskan penjalanan kuat kuasa mana-mana undang-undang
yang menyebut bilangan bahagian pilihan raya yang dinyatakan dalam Fasal (2). ia berbunyi
seperti yang berikut:
“171. (1) Perkara 116 tidak terpakai bagi pilihan raya pertama ke Dewan rakyat, tetapi
berkenaan dengan pilihan raya itu Persekutuan hendaklah dibahagikan kepada bahagian-
bahagian pilihan raya dengan membahagikan kepada dua bahagian pilihan raya setiap satu
bahagian pilihan raya yang disempadankan bagi maksud pilihan raya ke Majlis Undangan
di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
(2) Bilangan bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan raya yang pertama yang akan
diadakan selepas Hari Merdeka untuk Dewan-Dewan Undangan beberapa Negeri hendaklah
seperti yang dinyatakan dalam Senarai yang berikut, dan bahagian-bahagian pilihan raya
itu hendaklah disempadankan dengan membahagikan bahagian-bahagian pilihan raya yang
disempadankan bagi maksud pilihan raya pertama ke Dewan rakyat.
Senarai
johor .. .. 32 Perak .. .. 40
Kedah .. .. 24 Perlis .. .. 12
Kelantan .. .. 30 Pulau Pinang .. .. 24
Melaka .. .. 20 Selangor .. .. 28
Negeri Sembilan .. .. 24 Terengganu .. .. 24.”.
Pahang .. .. 24
2. lihat jadual Kelapan, subseksyen 21(1).

