Page 360 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 360
188 Perlembagaan Persekutuan [jaDual
PertaMa]
jADUAL-jADUAL
Jadual pertama
[Perkara 18(1), 19(9)]
Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran atau
Penaturalisasian
Saya, ..................................................................beralamat di ............................
dengan ini mengaku atas sumpah bahawa saya dengan sesungguhnya dan
sepenuhnya menolak dan bersumpah meluputkan segala kesetiaan saya kepada
mana-mana Negeri atau negara di luar Persekutuan, dan saya bersumpah
bahawa saya akan jujur dan menumpahkan segala taat setia saya yang sebenar
kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan akan menjadi seorang
warganegara Persekutuan yang sebenar, setia dan jujur.
Jadual kedua
[Perkara 39]
Bahagian i
[Perkara 14(1)(a)]
KEWArgANEgArAAN MELALUi KUAT KUASA UNDANg-UNDANg
BAgi OrANg YANg LAHir SEBELUM HAri MALAYSiA
1. (1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian iii Perlembagaan ini dan
kepada apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya sebelum Hari Malaysia, orang
yang berikut yang lahir sebelum Hari Malaysia ialah warganegara melalui kuat
kuasa undang-undang, iaitu:
(a) tiap-tiap orang yang sebaik sebelum Hari Merdeka menjadi warganegara
Persekutuan menurut kuasa mana-mana peruntukan Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948, sama ada melalui kuat kuasa
undang-undang atau selainnya;
(b) tiap-tiap orang yang lahir di dalam Persekutuan pada atau selepas
Hari Merdeka tetapi sebelum bulan Oktober 1962;
(c) tiap-tiap orang yang lahir di dalam Persekutuan selepas bulan September
1962, dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada
masa kelahiran itu seorang warganegara atau bermastautin secara
tetap di Persekutuan, atau tiap-tiap orang yang pada masa dia lahir
tidak menjadi warganegara mana-mana negara lain;

