Page 364 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 364

190                 Perlembagaan Persekutuan                 [jaDual
                                                                                 keDua]

                          (b)  tiap-tiap  orang  yang  lahir  di  luar  Persekutuan  yang  bapanya  pada
                              masa kelahiran itu seorang warganegara dan sama ada telah lahir di
                              Persekutuan atau pada masa kelahiran itu berada dalam perkhidmatan
                              Persekutuan  atau  perkhidmatan  sesuatu  Negeri;  dan
                          (c)  tiap-tiap  orang  yang  lahir  di  luar  Persekutuan  yang  bapanya  pada
                              masa kelahiran itu seorang warganegara dan dalam masa satu tahun
                              selepas kelahiran itu berlaku atau dalam masa apa-apa tempoh yang
                              lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan
                              dalam  mana-mana  hal  tertentu,  kelahiran  itu  didaftarkan  di  suatu
                              konsulat Persekutuan atau, jika kelahiran itu berlaku di Brunei atau
                              di sesuatu wilayah yang ditetapkan bagi maksud ini melalui perintah
                              Yang di-Pertuan Agong, didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan;
                              dan
                          (d)  tiap-tiap orang yang lahir di Singapura dan sekurang-kurangnya seorang
                              daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara
                              dan orang itu pada masa dia lahir tidak menjadi warganegara selain
                              menurut  kuasa  perenggan  ini;  dan
                          (e)  tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan pada masa dia lahir
                              tidak menjadi warganegara mana-mana negara selain menurut kuasa
                              perenggan  ini.

                    2.  (1)  Seseorang  bukanlah  warganegara  menurut  kuasa  perenggan  (a),  (d)
                    atau  (e)  seksyen  1  jika,  pada  masa  dia  lahir,  bapanya,  yang  bukan  seorang
                    warganegara, mempunyai apa-apa kekebalan daripada guaman dan proses undang-
                    undang  sebagaimana  yang  diberikan  kepada  utusan  sesuatu  kuasa  berdaulat
                    yang  diwatikahkan  kepada Yang  di-Pertuan Agong,  atau  jika  bapanya  ketika
                    itu  seorang  orang  asing  musuh  dan  kelahiran  itu  berlaku  di  suatu  tempat  di
                    bawah  pendudukan  musuh.

                      (2)  Dalam  seksyen  1,  sebutan  dalam  perenggan  (b)  mengenai  seseorang
                    yang  lahir  di  Persekutuan  termasuklah  kelahiran  sebelum  Hari  Malaysia  di
                    wilayah-wilayah  yang  termasuk  di  dalam  Negeri  Sabah  dan  Sarawak.

                      (3)  Bagi maksud perenggan (e) seksyen 1, seseorang akan dikira sebagai
                    mempunyai, pada masa dia lahir, apa-apa kewarganegaraan yang diperolehnya
                    dalam  masa  satu  tahun  kemudiannya  menurut  kuasa  mana-mana  peruntukan
                    yang  bersamaan  dengan  perenggan (c)  seksyen  itu  atau  selainnya.
   359   360   361   362   363   364   365   366   367   368   369