Page 362 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 362
189 Perlembagaan Persekutuan [jaDual
keDua]
(d) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari
Merdeka yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara
dan sama ada telah lahir di Persekutuan atau pada masa kelahiran
itu berada dalam perkhidmatan di bawah Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan sesuatu Negeri;
(e) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari
Merdeka yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara,
jika dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu berlaku atau
dalam masa apa-apa tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang
telah dibenarkan atau dibenarkan oleh Persekutuan dalam mana-
mana hal tertentu atau, jika kelahiran itu berlaku di Singapura,
Sarawak, Brunei atau Borneo Utara, didaftarkan dengan Kerajaan
Persekutuan.
(2) Seseorang bukanlah warganegara menurut kuasa perenggan (b) atau
(c) subseksyen (1) jika, pada masa dia lahir, bapanya, yang bukan seorang
warganegara, mempunyai apa-apa kekebalan daripada guaman dan proses
undang-undang sebagaimana yang diberikan kepada utusan sesuatu kuasa
berdaulat yang diwatikahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
2. Tertakluk kepada peruntukan Bahagian iii Perlembagaan ini, seseorang
yang biasanya bermastautin di Negeri Sabah atau Sarawak atau di Brunei pada
Hari Malaysia ialah seorang warganegara melalui kuat kuasa undang-undang
jika sebaik sebelum hari itu dia seorang warganegara United Kingdom dan
Tanah-Tanah jajahan, dan sama ada—
(a) telah lahir di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah
dan Sarawak; atau
(b) telah menjadi seorang warganegara sedemikian melalui pendaftaran di
wilayah-wilayah itu atau melalui atau berikutan dengan penaturalisasian
di wilayah-wilayah itu.
Bahagian ii
[Perkara 14(1)(b)]
KEWArgANEgArAAN MELALUi KUAT KUASA
UNDANg-UNDANg BAgi OrANg YANg LAHir
PADA ATAU SELEPAS HAri MALAYSiA
1. Tertakluk kepada peruntukan Bahagian iii Perlembagaan ini, orang yang
berikut yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia ialah warganegara melalui
kuat kuasa undang-undang, iaitu:
(a) tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya
seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang
warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan

