Page 366 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 366
191 Perlembagaan Persekutuan [jaDual
keDua]
Bahagian iii
[Perkara 31]
PErUNTUKAN TAMBAHAN BErHUBUNg
DENgAN KEWArgANEgArAAN
Menteri
1. Fungsi Kerajaan Persekutuan di bawah Bahagian iii Perlembagaan
ini hendaklah dijalankan oleh mana-mana Menteri Kerajaan Persekutuan
sebagaimana yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Yang di-Pertuan
Agong, dan sebutan dalam jadual ini mengenai Menteri hendaklah ditafsirkan
dengan sewajarnya.
2. Sesuatu keputusan Kerajaan Persekutuan di bawah Bahagian iii Perlembagaan
ini tidaklah tertakluk kepada rayuan atau kajian semula di dalam mana-mana
mahkamah.
3. (Dimansuhkan).
4. (1) Menteri boleh mewakilkan kepada mana-mana pegawai Kerajaan
Persekutuan atau, dengan persetujuan raja atau Yang di-Pertua Negeri mana-
mana Negeri, kepada mana-mana pegawai Kerajaan Negeri itu, mana-mana
fungsinya di bawah Bahagian iii Perlembagaan ini atau jadual ini yang
berhubungan dengan kewarganegaraan melalui pendaftaran dan penyimpanan
daftar-daftar, dan, berhubung dengan perintah-perintah di bawah perenggan (c)
Fasal (1) Perkara 25 atau di bawah Perkara 26, mana-mana fungsinya di bawah
Perkara 27 sebelum memutuskan sama ada hendak membuat suatu perintah
yang sedemikian; tetapi mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan
seseorang yang kepadanya fungsi Menteri itu diwakilkan sedemikian boleh
merayu kepada Menteri.
(2) Menteri boleh juga, dengan persetujuan Yang di-Pertua Negeri bagi
Negeri yang berkenaan, mewakilkan kepada suatu pihak berkuasa Negeri
Sabah atau Sarawak (tertakluk atau tidak tertakluk kepada syarat-syarat yang
membuat peruntukan bagi sesuatu rayuan daripada pihak berkuasa itu kepada
Menteri) mana-mana fungsi Menteri di bawah Fasal (6) Perkara 28a yang
tidak dikehendaki diwakilkan menurut Fasal (7) Perkara itu.
(3) Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi pendaftaran di bawah
Fasal (2) Perkara 19a* sebagaimana subseksyen itu terpakai bagi kewarganegaraan
melalui pendaftaran, dan bagi pembatalan di bawah Fasal (4) Perkara 19a*
sesuatu pendaftaran di bawah Perkara itu sebagaimana subseksyen itu terpakai
bagi sesuatu perintah di bawah Perkara 26.
5. (Dimansuhkan).
*CaTaTaN—Perkara ini telah dimansuhkan oleh Akta Perlembagaan (Pindaan) 1966 [akta 59/1966]
mula berkuat kuasa pada 9 Ogos 1965—lihat seksyen 2 Akta 59/1966. lihat juga catatan pada
Perkara 19a.

