Page 394 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 394
205 Perlembagaan Persekutuan [jaDual
kelaPan]
(4) Pada melantik seseorang Menteri Besar raja boleh, menurut budi
bicaranya, mengetepikan mana-mana peruntukan Perlembagaan Negeri ini
yang menyekat pilihannya bagi Menteri Besar jika pada pendapatnya perlu
dilakukan sedemikian untuk mematuhi peruntukan seksyen ini.
(5) Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah bertanggungjawab secara bersama
kepada Dewan Undangan.
(6) jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli
Dewan Undangan, maka dia hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat
Kerajaan, melainkan jika atas permintaannya Dewan Undangan dibubarkan
oleh raja.
(7) Tertakluk kepada subseksyen (6), seseorang anggota Majlis Mesyuarat
Kerajaan, selain Menteri Besar, hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan
oleh raja, tetapi mana-mana anggota Majlis itu boleh meletakkan jawatannya
pada bila-bila masa.
(8) Seseorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan tidak boleh melibatkan
diri dalam apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesion yang berkaitan dengan
apa-apa perkara atau mana-mana jabatan yang baginya dia bertanggungjawab
dan selagi dia melibatkan diri dalam apa-apa perdagangan, perniagaan atau
profesion itu, dia tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa keputusan
Majlis Mesyuarat Kerajaan yang berhubungan dengan perdagangan, perniagaan
atau profesion itu atau dalam apa-apa keputusan yang mungkin menyentuh
kepentingan kewangannya dalam perdagangan, perniagaan atau profesion
itu.
Badan Perundangan Negeri
3. Badan Perundangan Negeri hendaklah terdiri daripada raja dan satu Majlis,
iaitu Dewan Undangan.
Keanggotaan Dewan Undangan
4. (1) Dewan Undangan hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan ahli
dipilih sebagaimana yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Badan
Perundangan.
(2) (Dimansuhkan).
Kelayakan ahli
5. Tiap-tiap warganegara yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih yang
bermastautin di Negeri ini layak menjadi ahli Dewan Undangan, melainkan jika
dia hilang kelayakan untuk menjadi ahli mengikut Perlembagaan Persekutuan
atau Perlembagaan ini atau mengikut mana-mana undang-undang yang disebut
dalam seksyen 6 jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan.

