Page 392 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 392
204 Perlembagaan Persekutuan [jaDual
kelaPan]
(3) Undang-undang Negeri boleh membuat peruntukan bagi menghendaki
raja bertindak selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang
atau kumpulan orang selain Majlis Mesyuarat Kerajaan pada menjalankan
mana-mana fungsinya selain—
(a) fungsi yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya;
(b) fungsi yang berkenaan dengan penjalanannya peruntukan ada dibuat dalam
Perlembagaan Negeri atau dalam Perlembagaan Persekutuan.
Prosiding terhadap raja
1a. (1) jika raja dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah mana-mana
undang-undang di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian
XV Perlembagaan Persekutuan, raja hendaklah terhenti menjalankan fungsi
raja Negeri ini.
(2) Dalam tempoh raja terhenti, di bawah subseksyen (1), menjalankan
fungsi raja Negeri ini, seorang Pemangku raja atau suatu jemaah Pemangku
raja, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dilantik mengikut
Perlembagaan Negeri ini untuk menjalankan fungsi raja Negeri ini.
(3) jika raja disabitkan atas suatu kesalahan di dalam Mahkamah Khas
dan dijatuhi hukuman pemenjaraan selama tempoh lebih daripada satu hari
raja hendaklah terhenti menjadi raja Negeri ini melainkan jika raja menerima
pengampunan.
majlis mesyuarat Kerajaan
2. (1) raja hendaklah melantik suatu Majlis Mesyuarat Kerajaan.
(2) Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) raja hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Menteri Besar untuk
mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan seorang ahli Dewan
Undangan yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan
majoriti ahli Dewan Undangan itu; dan
(b) atas nasihat Menteri Besar, raja hendaklah melantik tidak lebih
daripada sepuluh orang tetapi tidak kurang daripada empat orang
ahli lain daripada kalangan ahli Dewan Undangan,
tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Dewan Undangan terbubar, seseorang
yang menjadi ahli Dewan Undangan yang lepas boleh dilantik tetapi tidak boleh
terus memegang jawatan selepas persidangan pertama Dewan Undangan yang
berikutnya melainkan jika orang itu seorang ahli Dewan Undangan itu.
(3) Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen ini, seseorang yang menjadi
warganegara melalui penaturalisasian atau melalui pendaftaran di bawah
Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dilantik menjadi Menteri
Besar.

