Page 390 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 390
203 Perlembagaan Persekutuan [jaDual
kelaPan]
Jadual kelapan
[Perkara 71]
Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam
Perlembagaan Negeri
Bahagian i
PErUNTUKAN TETAP
raja bertindak ikut nasihat
1. (1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan Negeri ini atau
mana-mana undang-undang atau sebagai seorang anggota Majlis raja-raja, raja
hendaklah bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan atau nasihat
seseorang anggotanya yang bertindak di bawah kuasa am Majlis itu, kecuali
sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan Persekutuan
atau Perlembagaan Negeri; tetapi raja berhak, atas permintaannya, mendapat
apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Negeri yang boleh didapati
oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan.
(1a) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan Negeri ini atau
mana-mana undang-undang atau sebagai anggota Majlis raja-raja, jika raja
dikehendaki bertindak mengikut nasihat atau atas nasihat, maka raja hendaklah
menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.
(2) raja boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi
yang berikut (sebagai tambahan kepada fungsi yang pada melaksanakannya raja
boleh bertindak menurut budi bicaranya di bawah Perlembagaan Persekutuan)
iaitu:
(a) melantik seorang Menteri Besar;
(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Dewan
Undangan;
(c) membuat permintaan supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis raja-
raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan,
kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia raja-raja
atau perbuatan, amalan atau upacara agama;
(d) apa-apa fungsi sebagai Ketua agama islam atau yang berhubungan
dengan adat Melayu;
(e) melantik waris atau waris-waris, isteri, Pemangku raja atau jemaah
Pemangku raja;
(f) melantik orang memegang pangkat, gelaran, kemuliaan dan kebesaran di
sisi adat Melayu dan menetapkan fungsi berkenaan dengannya;
(g) mengawal selia balai-balai diraja dan istana-istana.

