Page 395 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 395
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
Jadual kelapan—(samb.)
Subseksyen 2(4): lihat seksyen 22.
Seksyen 3
Perkataan “yang dikenali sebagai Dewan Negeri” yang terdapat selepas “satu Majlis”
digantikan dengan “iaitu, Dewan Undangan” oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat
kuasa dari 16-09-1963.
Subseksyen 4(1)
1. Perkataan “dan, sehingga peruntukan lain dibuat sedemikian, bilangan ahli ialah bilangan
yang dinyatakan dalam Perkara 171 Perlembangan Persekutuan” yang terdapat di hujung
seksyen dipotong oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-09-1963.
2. lihat Per. 71(5), jadual Kelapan seksyen 19(5) & 21.
Subseksyen 4(2)
Subseksyen ini ditambahkan oleh Akta 14/1962, perenggan 28(a), berkuat kuasa
dari 21-06-1962 dan dimansuhkan oleh Akta A584, perenggan 4(a), berkuat kuasa
dari 16-12-1983. ia berbunyi seperti yang berikut:
“(2) Bilangan ahli yang dipilih bagi Dewan Undangan hendaklah sama banyak
dengan atau gandaan bilangan bahagian pilihan raya Persekutuan yang Negeri itu
telah dibahagikan di bawah Perkara 116 Perlembagaan Persekutuan.”.

