Page 404 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 404
210 Perlembagaan Persekutuan [jaDual
kelaPan]
(2a) raja hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas sesuatu rang
Undang-Undang dikemukakan kepadanya memperkenankan rang Undang-
Undang itu.
(2b) jika sesuatu rang Undang-Undang tidak diperkenankan oleh raja dalam
masa yang ditentukan dalam subseksyen (2a), rang Undang-Undang itu hendaklah
menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam subseksyen
itu mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah memperkenankannya.
(3) Sesuatu rang Undang-Undang hendaklah menjadi undang-undang
apabila diperkenankan oleh raja atau sebagaimana yang diperuntukkan dalam
subseksyen (2b), tetapi tiada undang-undang boleh berkuat kuasa sehingga
undang-undang itu telah disiarkan, tanpa, walau bagaimanapun, menjejaskan
kuasa Badan Perundangan untuk menangguhkan kuat kuasa mana-mana
undang-undang atau untuk membuat undang-undang yang berkuat kuasa ke
belakang.
(4) (Dimansuhkan).
PErUNTUKAN KEWANgAN
Tiada pencukaian melainkan jika dibenarkan oleh undang-undang
12. Tiada cukai atau kadar boleh dilevikan oleh atau bagi maksud Negeri
kecuali melalui atau di bawah kuasa undang-undang.
Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan
13. (1) Maka hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan
bagi Negeri, sebagai tambahan kepada apa-apa pemberian, saraan atau wang
lain yang dipertanggungkan sedemikian melalui mana-mana peruntukan lain
Perlembagaan Negeri atau melalui undang-undang Negeri—
(a) Peruntukan Diraja bagi raja dan saraan bagi Yang di-Pertua Dewan
Undangan;
(b) segala caj hutang Negeri bertanggungan membayarnya; dan
(c) apa-apa wang yang dikehendaki untuk menunaikan apa-apa penghakiman,
keputusan atau award terhadap Negeri oleh mana-mana mahkamah
atau tribunal.
(2) Bagi maksud peruntukan ini caj hutang termasuklah bunga, caj kumpulan
wang penjelas hutang, pembayaran balik atau pelunasan hutang dan segala
perbelanjaan berkaitan dengan pemerdapatan pinjaman atas jaminan Kumpulan
Wang Disatukan dan pembayaran bunga atas hutang dan penebusan hutang
yang diwujudkan dengan jalan sedemikian.
Penyata kewangan tahunan
14. (1) Tertakluk kepada subseksyen (3), raja hendaklah, berkenaan dengan
tiap-tiap tahun kewangan, menyebabkan dibentangkan di hadapan Dewan
Undangan suatu penyata terimaan dan perbelanjaan yang dianggarkan bagi

