Page 405 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 405
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
Jadual kelapan—(samb.)
Seksyen 11
Subseksyen (3) & (4)
(a) Subseksyen ini digantikan oleh Akta A566, perenggan 21(c), berkuat kuasa dari
16-12-1983 dan berbunyi seperti yang berikut:
“(3) Sesuatu rang Undang-Undang hendaklah menjadi undang-undang apabila
ia diperkenankan oleh raja. jika kerana apa-apa jua sebab rang Undang-Undang
itu tidak diperkenankan oleh raja dalam tempoh lima belas hari selepas rang
Undang-Undang itu dipersembahkan kepada raja, maka raja itu hendaklah
disifatkan telah memperkenankan rang Undang-Undang itu dan rang Undang-
Undang itu hendaklah dengan demikian itu menjadi undang-undang.
(4) Tiada satupun undang-undang boleh berkuat kuasa sehingga telah disiarkan
tetapi, bagaimanapun, tidaklah menjejaskan kuasa Badan Perundangan untuk
menangguhkan kuat kuasa mana-mana undang-undang atau untuk membuat
undang-undang dengan kuat kuasa kebelakangan.”.
(b) Akta A584, perenggan 4(b) dan (c), berkuat kuasa dari 20-01-1984, mengekalkan
subseksyen (3) yang asal sebagaimana yang terdapat sebelum pindaan yang
dibuat oleh Akta A566 sebagaimana yang terdapat sekarang ini dan memansuhkan
subseksyen (4).
Subseksyen (2a) & (2b)
Dimasukkan oleh Akta A885, subperenggan 44(b)(i), berkuat kuasa dari
24-06-1994.
Subseksyen (3)
Perkataan “raja,” digantikan dengan “raja atau sebagaimana yang diperuntukkan
dalam subseksyen (2b)” oleh Akta A885, subperenggan 44(b)(ii), berkuat kuasa dari
24-06-1994.

