Page 408 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 408
212 Perlembagaan Persekutuan [jaDual
kelaPan]
(b) bahawa apa-apa wang telah dibelanjakan bagi apa-apa maksud
melebihi amaun yang diuntukkan (jika ada) bagi maksud itu melalui
Enakmen Perbekalan,
maka suatu anggaran tambahan yang menunjukkan jumlah wang yang dikehendaki
atau dibelanjakan itu hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Undangan
dan kepala-kepala bagi apa-apa perbelanjaan itu hendaklah dimasukkan ke
dalam suatu rang Undang-Undang Perbekalan.
Pengambilan keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan
17. (1) Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam seksyen ini, tiada
wang boleh diambil keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan melainkan
jika wang itu—
(a) dipertanggungjawabkan pada Kumpulan Wang Disatukan; atau
(b) dibenarkan dikeluarkan melalui Enakmen Perbekalan.
(2) Tiada wang boleh diambil keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan
kecuali mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan.
(3) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi apa-apa jumlah wang yang disebut
dalam perenggan (a), (b) dan (c) seksyen 14(3) jadual Kelapan kepada
Perlembagaan Persekutuan.
(4) Badan Perundangan Negeri boleh, sebelum lulus Enakmen Perbekalan,
berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan, membenarkan perbelanjaan
bagi sebahagian daripada tahun kewangan itu dan juga pengeluaran daripada
Kumpulan Wang Disatukan apa-apa wang yang dikehendaki untuk membayar
perbelanjaan itu.
LAYANAN SAKSAMA BAgi PEKErjA NEgEri
layanan saksama bagi pekerja Negeri
18. Tertakluk kepada terma dan syarat pekerjaan mereka, semua orang, walau apa
pun rasnya, dalam gred yang sama dalam perkhidmatan Negeri hendaklah diberi
layanan yang saksama.
PiNDAAN PErLEMBAgAAN
Pindaan Perlembagaan
19. (1) Peruntukan yang berikut dalam seksyen ini hendaklah berkuat kuasa
mengenai pindaan Perlembagaan Negeri ini.
(2) Peruntukan yang menyentuh pewarisan takhta dan kedudukan Pembesar-
Pembesar Memerintah dan pembesar-pembesar adat Melayu yang seumpamanya
tidak boleh dipinda oleh Badan Perundangan Negeri.
(3) Mana-mana peruntukan lain boleh, tertakluk kepada peruntukan yang
berikut dalam seksyen ini, dipinda melalui suatu Enakmen Badan Perundangan
Negeri tetapi tidak boleh dipinda dengan apa-apa cara yang lain.

