Page 406 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 406
211 Perlembagaan Persekutuan [jaDual
kelaPan]
Negeri untuk tahun itu, dan, melainkan jika diperuntukkan selainnya oleh
Badan Perundangan Negeri berkenaan dengan mana-mana tahun, penyata itu
hendaklah dibentangkan sedemikian sebelum permulaan tahun itu.
(2) Anggaran perbelanjaan itu hendaklah menunjukkan secara berasingan—
(a) jumlah wang yang dikehendaki untuk membayar perbelanjaan yang
dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan; dan
(b) tertakluk kepada subseksyen (3), jumlah wang yang masing-masing
dikehendaki untuk membayar kepala-kepala bagi perbelanjaan lain
yang dicadangkan dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan.
(3) Terimaan yang dianggarkan yang hendaklah ditunjukkan dalam penyata
tersebut tidak termasuk apa-apa jumlah wang yang diterima melalui Zakat,
Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama islam yang seumpamanya; dan jumlah
wang yang hendaklah ditunjukkan di bawah perenggan (b) subseksyen (2)
tidak termasuk—
(a) jumlah wang yang merupakan hasil daripada apa-apa pinjaman yang
diperdapatkan oleh Negeri bagi maksud tertentu dan yang diuntukkan
bagi maksud itu oleh undang-undang yang membenarkan pinjaman
itu diperdapatkan;
(b) jumlah wang yang merupakan apa-apa wang atau bunga atas wang
yang diterima oleh Negeri yang tertakluk kepada suatu amanah dan
yang hendaklah digunakan mengikut terma-terma amanah itu;
(c) jumlah wang yang merupakan apa-apa wang yang dipegang oleh
Negeri yang telah diterima atau diuntukkan bagi maksud apa-apa
kumpulan wang amanah yang ditubuhkan oleh atau mengikut
undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri.
(4) Penyata tersebut hendaklah juga menunjukkan, setakat yang dapat
dilaksanakan, aset dan liabiliti Negeri pada akhir tahun kewangan yang baru
genap, cara aset itu dilaburkan atau dipegang, dan kepala-kepala am yang
berkenaan dengannya liabiliti itu masih belum selesai.
rang Undang-Undang Perbekalan
15. Kepala-kepala bagi perbelanjaan yang hendaklah dibayar daripada Kumpulan
Wang Disatukan bagi Negeri tetapi tidak dipertanggungkan padanya, selain
jumlah wang yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) seksyen 14(3) jadual
Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan, hendaklah dimasukkan ke dalam
suatu rang Undang-Undang, yang hendaklah dikenali sebagai rang Undang-
Undang Perbekalan, yang membuat peruntukan bagi pengeluaran jumlah wang
yang perlu daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk membayar perbelanjaan itu
dan penguntukan jumlah wang itu bagi maksud yang dinyatakan dalamnya.
Perbelanjaan tambahan dan perbelanjaan lebih
16. jika berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan didapati—
(a) bahawa amaun yang diuntukkan melalui Enakmen Perbekalan bagi
maksud itu tidak mencukupi, atau bahawa telah timbul keperluan
perbelanjaan bagi suatu maksud yang baginya tiada amaun diuntukkan
melalui Enakmen Perbekalan; atau

